Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 21, 2012

MAN JADDA WAJADA (SIRI 3)

Meneropong kisah orang yang berjaya pasti menggamit perasaan dan keinginan untuk menggapai kejayaan yang sama. Jika kita memerhati dan meneliti dan membuat suatu perbandingan dengan orang yang gagal sudah pasti kita akan ketemui bahawa salah satu ciri untuk berjaya adalah dipengaruhi oleh TABIAT/SIKAP.
Ya tabiat atau  habit ini merupakan ciri utama dalam mencorakkan kejayaan. Salah satu tabiat orang yang berjaya adalah TIDAK MENANGGUH. Mereka yang rajin sudah pasti tidak akan menangguhkan kerja kerana apabila sesuatu kerja tertangguh maka perkara yang lain tidak akan dilakukan dan dalam masa yang sama apabila kita menangguhkan sesuatu perkata yang perlu diselesaikan ia memberi kesan kepada orang lain.Kesan yang boleh diperhatikan iaitu orang yang suka menangguh ini sentiasa mengejar masa dan seringkali juga cuai dalam menyelesaikan tugasan.
Mana mungkin kita boleh berjaya atau cepat meraih kejayaan jika kita menangguh kerana orang yang menangguh hanya mampu melakukan satu pekerjaan sahaja sudah tidak mampu apalagi ingin menyelesaikan perkara-perkara lain. Contoh yang mudah jika sesuatu pekerjaan telah selesai maka kita boleh menyelesaikan pekerjaan yang lain pula. Biarpun adakala pekerjaan itu tidak dituntut unutk disipakan pada masa tersebut namun jika kita mampu menyelesaikannya maka sudah pasti hati dna perasaan kita juga akan menjadi lebih tenteram. Kita juga boleh member fokus kepada perkara lain. Inilah yang sering dilakjukan oleh orang yang melakukan banyka perkara dalam satu masa. Orang yang begini sifatnya melihat masa yang ada satu peluang. Apa sahaja yang boleh dilakukan dengan masa tersebut maka ia akan dijana menjadi satu keberhasilan dan member manfaat baik kepada diri sendiri atau juga orang lain.
Seseorang yang tabiatnya tidak menangguh tiada masa untuk bermalas-malas ini kerana setiap perkara telah diletakkan dateline/masa yan tertentu. Mereka ini juga menpunyai jadual tersendiri. Jadual ini bukanlah semata jadual harian tetapi satu rangka gerak kerja dan perancangan yang berterusan. Sebab itu orang yang kaya, jika ditanya apa yang penting bagi mereka adalah disiplin. Sudah tentu orang yang berdisiplin tidak akan bertangguh kerana orang yang bdertangguh biasanya menjadi orang yang seringkali datang lewat, seringkali memberikan alasan serta sentiasa menggunakan perkataan “esok masih ada waktu”, tunggu dulu” “selepas ini” “kemudian nanti” atau apa sahaja ayat-ayat yang sering menjadi alas an terbaik untuk menangguhkan kerja. 
Jika menangguh mana mungkin kita mempraktikkan konsep “man jadda wajada”. Orang yang gigih berusaha tidak ada istilah tunggu dulu, kerana mereka mengejar sesuatu misi yang penting dalam hidup.Misi in bukan semata untuk diri bahkan kepada orang lain juga Lihat seorang ibu yang gigh berusaha untuk mencari rezeki bagi menyara anak-anak, jika si ibu mengamalkan sikap bertangguh maka sudah pasti anak-anaknya akan kebuluran. Ingatlah mengubah tabiat itu bukanlah susah. Ia perlu dilakukan dengan satu keinginnan untuk mengubah kehidupan. Perubahan kehidupan adalah dari sikap diri sendiri yang ingin berubah. Mahu Berjaya dan memperoleh kejayaan sebagaimana orang lain. Ingatlah, masa tidak menunggu kita. Ia tidak akan kembali bila pergi. Maka permulaan kejayaan perlu dengan kata : Do It Now!.     
dalam hal bertangguh keadaanya sama juga jika kita ingin/bercita-cita membalas jasa ke dua ibu bapa, jangan ada perkataan masih ada masa. Nyawa kita atau ibu bapa kita bukan ditangan kita. Ia Milik yang Esa. Maka jangan bertangguh untuk melakukna kebaikan.Jika dengan menjadi orang Berjaya boleh membahagiakan mereka maka “berusahalah untuk berjaya” iaitu dengan mengubah SIKAP DAN TABIAT MENELADANI ORANG YANG BERJAYA!

Masa susah tidak tahan lama, orang yang tahan susah tahan lama

No comments:

Post a Comment