Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, February 20, 2012

MAN JADDA WAJADA ( Siri 1)

Salam Ukhuwah,
Menyebut perkataan Man Jadda wajada, ramai dikalangan kita sudah biasa mendengar perkataan ini.  Perkataan bahasa Arab “ man jadda wajada” ini membawa maksud ‘siapa yang berusaha dia berjaya’. Pertama kali saya mendengar adalah ketika saya mula-mula belajar di sekolah Maahad Muhammadi (P). Ini lah antara ayat yang memberi motivasi kepada kita semua untuk berusaha menggapai cita-cita.
Apa yang lebih member kesedaran, adanya rancangan TV di TV Al-Hijrah yang memaparkan cerita kisah-kisah keluarga yang bernasib malang berusaha dengan gigih untuk keluar dari kepompong kemiskinanan. Boleh dikatakan setiap minggu saya melihat program itu bersiaran. Setiap kali melihat mereka yang begitu gigh berusaha terutamanya wanita yang bergelar ibu tunggal, ia mengingatkan saya kepada ibu saya sendiri yang bergelar ibu tunggal di usia 36 tahun setelah ayah saya meninggal kerana sakit buah pinggang. Membesarkan enam orang anak yang semuanya bersekolah bukanlah mudah, namun saya melihat kegigihan tersebut dan ia menjadi teladan buat diri saya untuk menempuh kehidupan.
Sewaktu usia saya kecil saya tidak faham perjalanan tersebut, namun apabila saya meningkat dewasa saya mula lebih matang dan mempelajari erti kesusahan dan perjuangan dalam kehidupan. Papatah Melayu menyebut “ hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”. Saya amat bersetuju, melihat dan memerhati kegigihan dan usaha tanpa jemu ibu saya bekerja untuk membesarkan kami  amat besar nilainya pada diri saya, terutama dalam menyuntuk kesedaran dan keinginan untuk Berjaya.
Walalupun kami bukanlah orang yang tergolong dalam golongan miskin namun kami adalah keluarga berpendapatan sederhana. Ini kerana hanya ibu yang mencari pendapatan.  Saya kagum dengan ibu kerana dia memilih untuk berusaha, dan tekun dalam melaksanakan misi membesarkan anak-anak. Biarpun bergelar ibu tunggal, namun dia amat prihatin dengan pendidikan. Kami ini dibesarkan dalam didikan agama. Sebab itu saya dan dua orang kakak di hantar bersekolah di sekolah aliran agama. Untuk membesarkan anak-anak, ibu saya memilih untuk berniaga kecil-kecilan menjual barangan runcit dan sayur-sayuran dengan menyewa  sebuah kedai di pecan kecil tempat kami tinggal. Melalui perniagaan itulah ibu membesarkan kami adik beradik.
Sepanjang beliau mengharung liku bergelar ibu tunggal, tidak sekali beliau lupakan kami, bahkan jika ada lamaran dari jejaka yang ingin menyunting ibu, ibu tidak pernah menyahut lamaran itu. Dia lebih percaya kepada usahanya untuk membesarkan anak-anak. Tiada istilah cuti dalam hidup ibu.Hari-hari kedainya terpaksa dibuka, adakala anak-anak yang tidak bersekolah akan membantu ibu di kedai. Termasuklah saya, setiap kali pulang dari asrama maka giliran saya yang membantu ibu. Begitu juga, ibu jarang sekali membeli baju baru, kecuali hari raya. Tiada juga barang kemas baru nutk ibu melainkan peniggalan arwah ayah. Ibu tidak pernah merasa berjalan-jalan makan angin sebagaimana orang lain. Kerana ibu perlu bekerja. Namun prinsip ibu bekerja dari dulu, ibadah tidak dilupa. Ibu bekerja dari pukul 7 pagi hingga 7 malam. Paling utama, ibu amat mementingkan solat jemaah, kerana itu waktu maghrib ke atas adalah waktu ibu bersama Khaliqnya. Dia banyak menghabiskan masa di surau berhampiran rumah kami. Begitu juga waktu subuh, semua itu adalah rutin baginya walapun bergelar wanita, namun pada ibu kita perlu melaksanakan solat di awal waktu dan sebolehnya berjemaah.
Indahnya yang saya ingat sampai sekarang, pada ibu TIADA JALAN SINGKAT UNTUK BERJAYA. Kenapa saya katakana demikian? Sewaktu ayah meninggal, ayah meninggallkan banyak tanah pusaka. Berbelas ekar kebun getah, sawah padi, tapak rumah, kebun. Namun ibu tidak pernah menjual harta pusaka tersebut walaupun sebidang tanah. Sebelum itu saya tidak tahu, hinggalah saya berusaha 18 tahun, sewaktu itu saya menunggu keputusan SPM, namun saya terpaksa menyambung pengajian enam bawah di MMP. Saya dipaksa bercuti padah ari tersebut kerana perlu ke pejabat tanah untuk menerima wasiat dan mewarisi harta pusaka peinnggalan Ayah.  Saat itu ke semua harta dibahagi kepada semua anak-anak yang seramai enam orang tanpa meninggallkan sedikit pun untuk dirinya. Ibu percaya, itu semua milik anak-anak, dan dia tidak perlu semua itu. Apa yang PERLU pada dirinya hanyalah mahu melihat anak-anak BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.
Saya tidaklah memahami konsep berharta, kerana walalupun semua itu masih diurus oleh ibu. Namun biarpun sudah ada sedikit hasil dari kebun itu juga belum mencukupi untuk menyara kami. Bahkan hingga saya masuk university, ibu masih bekerja. Menyedari pengorbanan ibu, saya menanam satu tekad dalam diri, apabila saya Berjaya, saya ingin membalas jasa ibu. Tiada impian yang palin besar sewaktu itu melainkan ingin melihat ibu saya bahagia dan tidak lagi perlu bersusah payah bekerja. Sudah cukup lama ibu bekerja menyara kami, menyara ibu mertua, ibu tiri yang tinggal bersama-sama. Sudah sampai waktu jasa itu kami balas. Sudah ketikanya kami membahagiakan ibu yang memberikan segala kepada kami demi untuk KEJAYAAN ANAK-ANAK. Ibu telah membuktikan bahawa “ Man Jadda Wajada”.  Beliau membakar diri untuk kejayaan kami. Terima kasih wahai ibu...Jasamu tidak terbalas..
(bersambung....) 




Pesanan buat anak-anakku..Anis najwa, Ain Syafia Qutreenie dan Ieman Ihsan

No comments:

Post a Comment