Sewaktu kereta berhenti di lampu isyarat mata saya terpandang sekumpulan remaja yang sedang berjalan melintas jalan. Rata mereka dalam usia 13 ke 15 tahun, terdiri remaja lelaki dan perempun. Remaja perempuan rata-ratanya tidak bertudung. dalam memerhatikan gelagat mereka yang sedang berjalan menuju ke gedung membeli belah disebelah kiri jalan, mata saya tiba-tiba melihat sepasang remaja lelaki dan perempuan dikalangan mereka berpegang tangan untuk melintas jalan. Hati saya berdetap melihat selelaki meraih tangan remaja tersebut sewaktu berjalan dan si remaja perempuan malu-malu namun membiarkan tangannya di pimpin remaja lelaki tadi. Mata saya tidak mampu untuk lari dari memandang mereka. Hati saya serta merta mengingati anak-anak perempuan saya yang sekarang ini berada di asrama. Hati terus beristghfar dan berdoa moga dijauhkan smeua ini dari anak-anakku. Ya Allah peliharalah mereka, limdungi mereka dari kemaksiat dan bala bencana.
Ya Allah, kesedihan itu meronta dijiwa saat melihat wajah ayu si gadis itu yang begitu suci..namun sayangnya diusia yang begitu muda, masih belum matang dia telah diperlakukan begitu oleh si lelaki... begitu mudah si gadis membiarkan sahaja dirinya dipergunakan si lelaki. saya terfikir, di mana ibu bapa mereka? Adakah ibu bapa mereka mengetahui mereka keluar berpeleseran. Mungkin ramai remaja akan berkata, sekadar berpegang tangan apa salahnya? Tidak luak walau sedikit... sekadar untuk suka-suka apa salahnya..
Sudah pasti ada banyak lagi alasan yang akan diberi namun wahai anak-anak... itulah permulaan kepada kehancuran ramai hidup remaja di luar sana. Mula-mula sekadar biasa-biasa, tetapi syaitan itu tidak akan berhenti untuk memggoda manusia melakukan maksiat. Ramai anak gadis ternoda kerana percaya dengan pujuk rayu si lelaki yang konon mencintai mereka. Namun apabila terlanjur, si gadis mengandung tanpa kerelaan, lalu mereka ditinggalkan kerana si lelaki sekadar mengambil kesempatan.. maka sewaktu melahirkan.. bayi itu dibuang ke dalam tong sampah, dicampak ke longkah... Perasaan takut kepada dosa akan hilang serta rasa bersalah itu tiada, kerana keimanan amat tipis. Hidup tidak berkiblatkan Islam, tetapi berkiblatkan cara hidup bebas meniru orang-orang bukan Islam.
Wahai anak-anak...
belum terlambat untuk bertaubat..
jagalah diri mu..
jagalah maruahmu...
maruah dan harga diri tidak ada nilainya..
mahkota wanita hanya untuk suami mu..
jagalah ia..peliharalah kesucianmu..
Jauhilah maksiat dan zina..
kasihani ibu bapa mu..
mereka menaruh harapan
agar kamu menjadi orang berguna..
menjadi insan berjaya dunia dan akhirat..
mereka melEtak sejuta harapan
MOGA DIRIMU MENJADI
ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH.
No comments:
Post a Comment