Saya terbaca satu posting yang ditulis oleh sorang penulis terkenal iaitu beliau mengatakan tidak semua orang mampu menjadi penulis. Saya tidak pasti dengan pendapat itu, mungkin betul dan mungkin juga tidak. Pada hemat saya apapun pekerjaan atau minat yang ingin kita lakukan sudah pasti ia perlu bermula dengan keinginan. Bila adanya keinginan, maka sudah pasti kita akan mengasah bakat yang ada serta berusaha menjayakan perkara tersebut.
Jika sekiranya kita tidak diizinkan mempunyai bakat yang hebat sebagaimana orang lain sekalipun namun jika sedikit potensi yang ada itu digilap maka lama-lama kita akan manjadi mahir dan pakar dalam bidang yang ingin kita ceburi. Sama juga jika beminat untuk menjadi penulis, ramai yang percaya untuk menjadi penulis yang hebat, seseorang itu perlu mempunyai bakat. Saya bersetuju jika kita mempunyai bakat itu adalah satu rahmat dan rezeki dari Allah. Namun cuba kita perhatikan, ramai yang berbakat tetapi bakat itu terpendam begitu sahaja, segelintir mereka yang berbakat ini tidak mengharagai apa yang mereka miliki. Mereka ini seringkali bermasalah dengan sikap dan juga disiplin diri.
No comments:
Post a Comment