Kehidupan adalah perjalanan yang menjadi destinasi untuk menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sebagai insan begelar hamba yang mengakui kewujudan tuhan yang mencipta segalanya yang hidup, pasti akan tercari-cari sesuatu untuk menyempurnakan kehidupannya. Setiap yang bergelar insan pastinya mahu memenuhi segala tuntuan hidup, mahukan kesenangan, mahu segala naluri keinginan yang ada dalam diri dipenuhi baik di sudut material, emosi dan juga intelek.
Manusia didalam mengejar cita-cita adakalanya terlupa akan tujuan dan matlamat sebenar kehidupan. Adakala arus kehidupan dunia yang penuh dengan janji dan keindahan sementara menghanyutkan pencarian sebenar hakikat kehidupan. Al Quran menyebut:
’tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku’
Hakikatnya tujuan dan matlamat kehidupan di dunia ini telah Allah tetapkan, telah dinyatakan sebagai fungsi utama mengapa kita wujud di dunia ini. Justeru, jika kita mencari hakikat dan tujuan sebenar kehidupan selain dari apa yang sebut di dalam Al Quran, maka kita akan terkeluardari landasan yang telah digariskan oleh Allah. Kita terpesong dari makna sebenar kehidupan. Apabila kita tergelincir, maka ini akan membawa kita kepada kekosongan jiwa, terasa kehilangan sesuatu didalam kehidupan, sentiasa tercari-cari sesuatu yang tidak pernah ada kepastian sarta berada dalamn khyalan dan di awangan.
Jika begini keadaanya, bagaimana kita ingin mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah? Bagiamana kita boleh mengisi dan memenuhi maksud kehidupan ini? Akan tercapaikah cita-cita murni yang telah diazamkan sebelum ini, saat kita berjanji dengan Allah sewaktu di alam Ruh? Tercapaikah impian menjadi khalifah yang berjaya memenuhi tuntuan dan amanah dari Rabb yang Maha Kuasa? Pertanyaan di atas amat berperanan dalam memandu kita mencari dan melihat serta mengatur hala tuju sebenar dalam kehidupan ini. Sebagaimana Allah mengingatkan dalam Al Quran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”. (Al-Maidah : 1)
Ayat ini sepatutnya menyedarkan kita dan membawa kita untuk menilai dan menghisab semula segala amal ibadat yang kita lakukan, adakah cukup sempurna atau masih banyak lompong yang ada. Ini juga memberi kita kesempatan untuk melakukan muhasabah terhadap segala pengamalan dan pengabdian kita kepada Allah, adakah segalanya sudah mencukupi atau kita melakukanya sekadar melepas batuk ditangga, semata-mata untuk pengiktirafan, atau juga ingin menunujuk-nunjuk. Semua ini amat penting, untuk difahami dan di hayati oleh setiap individu yang bergelar insan atau makhluk.
Sesungguhnya kita dijadikan oleh Allah adalah untuk beribadat kepadaNya semata-mata. Kita diutuskan untuk merealisasikan misi sebagai khalifah di dunia ini. Tapi segelintir di kalangan kita kurang memahami konteks ibadat yang sebenarnya. Ramai yang memahami ia hanya mencakupi kepada tuntutan rukun Islam yang terkandung solat, puasa, zakat, haji dan yang lebih menjurus kepada ibadat khusus. Sehingga ada yang terlupa bahawa ibadat dalam erti kata sebenar mencakupi seluruh urusan di dalam kehidupan setiap makhluk. Dari mulanya membuka mata dari tidur, melalui proses perjalanan harian kehidupan sehingga sampai saat waktu menutup mata untuk tidur dan untuk bangun semula, pagi dan petang, siang dan malam kita sebenarnya menjalankan ibadat kepada Allah yang Menciptakan. Allah mengingatkan kita dalam Al Quran :
”Demi diri manusia dan yang menyempurnakn kajadiannya. Serta mengilhamkan jalan yang membawa kepada kejahatan dan yang membawa kepada ketaqwaan” As-Syams:7-8
Begitu juga peranan sebagai khalifah, ramai yang mengambil mudah dan tidak merasa betapa perlunya kita melaksnakan dan memenuhi segala tanggungjawab yang telah di persetujui anata kita hamba dan Allah selaku pencipta.Dalam kita melalui perjalanan yang penuh dengan cabaran dan juga ranjau, pasti setiap individu mahu menyempurnakan segala tuntutan Illahi terhadap setiap Diri. Tuntutan ini bagaimana mahu dipenuhi? Sebagai memenuhi janji Tuhan kepada setiap makhluk yang beribadat kepada dengan penuh keikhlasan kepadanya. Takkala Allah menyeru hambaNya untuk kembali. Allah berfirman,
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu.” al-Fajr, 27-30
Bersambung...
Nukilan Ummu Ieman Ihsan
Petikan dari buku Khalifah Jiwa....Manhaj Kehidupan Duniawi dan Ukhrawi