Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Tuesday, April 30, 2013
Berbelanja kerana keperluan atau kemahuan
Monday, April 29, 2013
Dia bersama..
Bila resah
jangan gelisah
biar terpisah
usah gundah
hidup tiada masalah
potensi tidak terserlah
lalu tenangkan jiwa
damaikan gelora
ada sinar bahagia
dihujung cerita
percaya DIA
sentiasa bersama..
nukilan ummu ieman ihsan
Sunday, April 28, 2013
Trauma dan cara mengatasinya
Saturday, April 27, 2013
Tanggungjawab dalam kehidupan
Friday, April 26, 2013
Bila fikrah berbeza
Thursday, April 25, 2013
Masa dan amalan
Tuesday, April 23, 2013
Tujuan belajar ilmu psikologi dan kaunseling
Monday, April 22, 2013
Mengingati hari kematian
Satu dalam seribu
Satu dalam seribu?
Akukah itu?
Bagaimana mahu itu?
Apakah layak bagiku?
Belum tentu...
jika sekadar berguru
tapi kedekut ilmu
Belum tentu
jika sekadar menunggu
bulan jatuh ke ribamu..
Belum tentu
jika sekadar mahu
tapi tiada usaha dari mu
Satu dalam seribu
digenggam dalam kalbu
dikejar tanpa jemu
dipasang niat yang satu
aku mahu
menjadi terbaik dikalangan beribu
terpilih dikalangan kamu
pasti menjadi nyata
penentu dari DIA.
Nukilan; ummu ieman ihsan
Ulasan Buku: Konsep 3i tunjang kehidupan
KONSEP Islam, Iman dan Ihsan (3i) memerlukan antara satu dan lain. Ia ibarat garam, gula dan asam dalam masakan yang menjadikan makanan itu lengkap dan begitu menyelerakan untuk dihidangkan.
Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Rasul-Nya. Mereka berkata, ‘Kami tidak membeza-bezakan antara kamu semua dengan yang lain daripada Rasul-Rasul-Nya.’ Mereka berkata lagi,” Kami dengar dan taat. Kami memohon, ampunilah kami, wahai Tuhan kami. Kepada-Mu jua kami kembali.”
Manakala ihsan pula meliputi segala pengamalan dan perbuatan dengan ikhlas serta meyakini Allah mengetahui dan menyaksikan segala perbuatan.
Kekurangan iman menjadikan kehidupan manusia kacau-bilau. Itulah sebabnya ada manusia hidup berasakan akal sendiri tanpa mengikuti panduan dan peraturan yang digariskan Allah s.w.t.
Tiada iman menyebabkan seorang anak sanggup membunuh ibu atau ayah mereka sendiri atau bapa sanggup memperkosa anak kandungnya sendiri.
Apakah sebab terjadinya semua itu? Semua itu terjadi kerana mereka tidak kembali kepada jalan Allah iaitu jalan yang lurus yang ditetapkan oleh-Nya.
Konsep 3i sebenarnya adalah tunjang yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada pencipta, sesama insan lain dan alam ini.
Paling utama ialah dalam hubungan hamba dengan Tuhannya iaitu pengakuan dengan sebenar-benarnya tiada Tuhan di alam ini melainkan Allah manakala Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Melalui persaksian itu, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya.
Tidak mungkin dengan persaksian itu manusia menjadi sambil lewa dan mengambil mudah perihal apa yang disaksikannya. Mampukah kita berdiri dengan sendiri tanpa mengharap rahmat dan rezeki Tuhan?
Itulah perbezaan utama antara Islam dan bukan Islam dan individu Islam sebenar dengan individu Islam yang berpura-pura. Sifat kepura-puraan itu adalah sikap munafik yang lahir daripada hati yang rosak dan jiwa yang gersang dengan hidayah dan iman.
Justeru, setiap individu Muslim perlu sentiasa menghiasi kehidupan mereka dengan cara hidup berlandaskan Islam di mana perlu melakukan sebaik mungkin segala hubungan dan aktiviti antara keluarga, masyarakat, negara, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.
Kita perlu mengejar dua kejayaan iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Kejayaan dunia termasuk memiliki ilmu dan berkongsi ilmu serta memanfaatkannya, mempunyai harta dan menafkahkan sebahagian daripadanya, memiliki pangkat dan menggunakannya untuk kebaikan bersama.
Manakala kejayaan di akhirat kelak ialah terlepas azab seksaan kubur, mendapat syafa’at daripada Rasulullah, melepasi titian siratul mustaqim dan dipilih menghuni syurga Allah.
Tajuk: Islam Iman Ihsan
Penulis: Sakinah Salleh
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd
Cetakan: Pertama
Harga: RM13.00 (Semenanjung) RM15.00 (Sabah dan Sarawak)
Muka Surat: 128
Saturday, April 20, 2013
Sedari kelemahan diri sendiri
Friday, April 19, 2013
Mencari Barakah dalam Perniagaan
Thursday, April 18, 2013
Gagal bermakna belum berjaya, bukan bererti gagal selamanya
Apa ertinya berjiwa besar
Tuesday, April 16, 2013
Kawan atau Lawan?
Saya terbaca di wall seorang penulis terkenal memperkatakan tentang siapakah kawan kita? Adakah mereka sebenarnya sahabat atau mereka adalah musuh dalam selimut? Sesungguhnya ramai yang terkena dengan kawan sendiri. Kita menganggap mereka orang yang boleh dipercayai, mereka menjadi tempat suka dan duka.. malangnya mereka inilah yang menambah luka dan derita..
Bagaimana memanfaatkan masa?
Friday, April 12, 2013
Didik anak-anak dengan cara hidup Islam
Thursday, April 11, 2013
Bagaimana Memilih Pemimpin Berpandukan Al Quran
http://saifulislam.com/?p=983&preview=true
Wednesday, April 10, 2013
Bila merasa kehidupan ini susah dan perit....
http://www.hmetro.com.my/articles/5beranakikatperutdipondokusang//Article
Tuesday, April 9, 2013
Motivasi diri
Bila hadirnya masalah seringkali kita menyalahkan kepada takdir dan keadaan yang selalu tidak menyebelahi kita. Kita mencari -cari alasan atau sebab untuk menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah bukan kerana kita. Bahan kita menjadi orang yang teraniya. Lalu kita seperti memohon simpati agar orang sekeliling menyokong kita dan membenarkan bahawa kita adalah mangsa kepada keadaan. Biar bagaimana benar sekalipun hujjah di atas tetapi sebagai individu yang berada dalam masalah, kita tidak boleh menjeruk rasa, bersimpati dengan diri hingga kita menjadi hilang punca serta lebih banyak menyalahkan keadaan dari memperbetulkan apa yang telah berlaku.
Sememangnya bila ditimpa musibah atau diuij dengan pelbagai perkara kita merasa 'down', kita hilang semangat, kita mahu menangis selama yang boleh menyesali nasib diri, jika keluar air mata darah sekali pun kita mahu membuktikan bahawa kita adalah orang-orang yang disingkir, teraniya... Lalu kita membenarkan diri kita untuk sentiasa hidup dalam berduka dan bersedih. Kita membenarkan diri kita tersisih. Kita juga membenarkan supaya kehidupan kita tenggelam dalam arus hidup tanpa matlamat dan impian.
PERSOALAN! Sampai bila kita mahu berada dalam keadaan tersebut? Tidakkah sekeliling kita akan melihat bagaimana rapuhnya diri kita? Mana perginya seorang yang begitu kuat, begitu yakin dengan dirinya dan percaya masalah yang ada hanya sekadar menyedarkan diri yang alpa. Ujian yang hadir kerana dengannya tercungkil potensi diri. Musibah yang datang untuk melahirkan kreativiti dan mencanakkan idea yang baru. Masalah tiba kerana mahu kita membuka mata hati melihat kebenaran dari sudut yang lebih positif.
Lalu tidak perlu lagi bermimpi cerita duka, tidak perlu berkongsi cerita lara. Hilangkan kesedihan. Sudah masanya kita perlu bangkit. Jangan lagi fikirkan masalah.Fikirkan strategi. Fikirkan mahu menjadi insan yang lebih dewasa dari semalam, yang lebih banyak mencipta kehebatan yang ada dalam diri serta INSAN yang mahu menggunakan kelebihan untuk dimanfaatkan kepada diri dan orang lain.
PERKARA YANG LEPAS JANGAN DIKENANG, MASA YANG AKAN DATANG KITA RENUNGI BERSAMA.
Wallahuaalam
Pengorbanan Guru
Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul
10:39 Blog Guru Sekolah Rendah 6 comments
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…
A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2
kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus…
biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak
untuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru
balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap,
Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik.
Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik
anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian
tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk
sbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia kat skolah
jugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu
pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah
tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu
peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan
untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak
tu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada
masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang
dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….
Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun….
Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu
berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah
hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih
lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu…
yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik
angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat
A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia.
Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal.
Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat
cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh
anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak
pon sama je…..
A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah
dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung
aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan
selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya
engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa
mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan
Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih
menghargai dan menghormati jasa guru-guru.
Dipertik dari FB
Sunday, April 7, 2013
Diari Seorang Penulis 3
Friday, April 5, 2013
TRANSFORMASI MINDA
- v Ubah pemikiran anda, merubah dunia anda
- v Kekuatan minda
- v Percakapan positif dan prestasi kumpulan
- v Fokus permasalahan atau fokus penyelesaian
- v Kuasa penghayatan / penghargaan
- v Cita-cita / impian yang bertujuan
- v Peningkatan prestasi ukuran utama
- v Melakari keinginan untuk berkembang dan berjaya
Ibu Bapa Adalah Role Model : Mengajar Anak Membaca dan Menghafal Quran
Wednesday, April 3, 2013
Jauhi Hasad Dengki
Tuesday, April 2, 2013
Bila Pasangan Bersikap Pemarah..
Salah satu kepincangan rumahtangga berlaku disebabkan pasangan terlalu garang. Maka rumahtangga tidak akan sunyi dengna pergaduhan. Sifat pemarah ini ada pada kebanyakan individu terutama yang tidak mampu bersabar. Ada juga yang meawarisi sifat marah dari ibu bapa dan datuk nenek moyang mereka yang juga mersikap demikian. Maka bila demikian ia memberi alasan mudah untuk bersikap pemarah dan perengus dengan pasangan.
Monday, April 1, 2013
Bila Irama Berkumandang dan Lagu Menjadi Sumbang
nadaku berlagu jiwa
nadamu berlagu emosi
maka bagaimanai ia mampu memberi irama
kepada lagu yang indah
dijalin bersama eratnya ukhuwwah
dijalin bersama suka dan duka
kisah semalam..
lalu tercipta lirik kecewa
yang membawa irama sengsara
mari kita bergandingan
menulis lirik dan irama yang sama
muga ia bersatu
moga tercipta satu irama dan lagu
indah didengari menjadi halwa telinga
buat semua....
Nukilan;
Ummu Ieman Ihsan
Meraikan Perbezaan Dengan Berhemah (PRU 2013)
Salam ukhuwwah,