Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, April 28, 2012

MENGEJAR IMPIAN MENJADI KAYA

Apabila memerhatikan sesetengah komen disebut rata menyebut unutk menjadi kaya. Ada yang mengiklankan pelbagai cara untuk menjadi kaya, ada yang paling membuatkan setengahnya teruja iaiatu kaya dengan pantas. Bahkan ada juga yang tidak segan silu mempamerkan kejayaan yang dimiliki kononnya seperti mengenggam duit ribu-ribuan. Ada juga yang mengiklankan pelbagai bentuk motivasi dan cara-cara bagaimana unutk menjadi kaya.

Baguslah! Impian menjadi kaya itu tiada bersalahan dengan agama. Tetapi perli ingat "NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA". Berwasapa juga dalam menggapai keinginan untuk menjadi kaya kerana impian tersebut adakala menjerumuskan kita dalam keadaan yang sebaliknya. Konon niat ilhlas jika kaya akan berbuat kebajikan, namun bila sudah mengengam kekayaan, lain pula ceritanya. Ada yang setelah kaya maka GAYA berjalan, CARA berpakaian, BAHASA percakapan sudah bertukar. Itulah penangan menjadi KAYA.

Realitinya orang yang tidak cukup Kaya amat teruja dan excited dengan kekayaan yang diberi Allah, hingga lupa banyak perkara yang diucapkan sebelumnya. Ada yang bersikap sombong dengan apa yang ada hingga melihat orang lain dengan sebelah mata... Pada hemat saya sikap-sikap porang sebegini... mereka ini "TIDAK CUKUP KAYA". Orang yang kaya ini hidup mereka bersama sahabat yang berpura-pura menyukai dan menyanyangi mereka, padahal semua yang ada hanya sayang pada wangringgit yang ada

Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya tidak mengapa. Saya bertemu dengan beberapa hamba Allah yang pada penilaianan saya mereka ini amatlah kaya. Mintalah apa sahaja tidak pernah   gagal dalam menderma. Soal berbelanja tidak berkira apqalagi hal-hal membangun anak bangsa. Kereta yang diperaga bukanlah semestinya barangan berjenama, cukup seadanya.

Pada saya inilah mereka yang sebenarnya KAYA. mereka bukan sekdar kaya wang ringgit, tetapi kaya JIWA, kaya PAHALA, kaya SAHABAT. Jika ditakdir tiada harta, tetapi sahabat tidak hilang dari mereka. Selain itu orang yang KAYA sebegini ILMUnya juga bukan calang-calang. ILMU yang ada ini bukan semata menjana kejayaan unutk keluarga, malah memberi manfaat unutk orang sekeliling.

Oleh itu jika berimpian unutk menjadi kaya raya, tidak mengapa pasti anda boleh... cuma betulkanlah definisi anda tentang KAYA... betulkan niat dan cara kerana itu jaminan keberkatan. PILIHLAH MENJADI KAYA DIDUNIA JUTAWAN DI AKHIRAT

Friday, April 27, 2012

Iktibar dari Musibah Penyakit



Sudah dua hari diserang demam yang tak juga kebah, diri rasa begitu lemah tetapi perlu mengagahkan diri kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum tiba saat untuk berangkat. Apabila badabn tidak sihat maka minda juga lemah. Namun perlu kuatkan minda unutk mengatasi kelemahan fizikal. Peluang hari ini saya cuba mengagahkan diri menulis dan berkongsi tentang hubungan antara kesakitan fizikal dan kesakitan minda.  
Sebagai pesakit, realtinya kita sedang berada di bawah pengawasan ketat Allah (s.w.t). Setiap gerak laku baik kita akan dinilai dan digandakan pahalanya berlipat kali ganda berbanding ketika ketika sihat. Oleh itu jagalah adab sebagai pesakit dan sedarlah dengan pemerhatian Allah yang lebih teliti. (perumpamaan untuk manusia supaya mudah difahami. Sifat Allah sebenarnya tidak boleh dibandingkan). Maka apabila ditimpa musibah penyakit setiap mukmin perlu bersangka baik kepada Allah. Semua perkara dan peristiwa yang Allah datangkan kepada kita adalah baik belaka dan demi untuk kebaikan kita sendiri walaupun pada pandangan zahirnya nampak seperti malapetaka dan beban yang amat besar. 
Segelintir tertanya-tanya mengapa manusia sakit? Bagi individu yang mempunyai keimanan yang kuat, penyakit dilihat sebagai satu perkara yang positif yang didatangkan oleh Allah sebagai satu rahmat bukannya hukuman. Manusia sakit dan berpenyakit kerana Allah mahu menguji tahap keimanan mereka. Allah telah membukakan hijab pandangan mereka suoaya mereka nampak perkara-perkara yang tersirat yang baik di sebalik penyakit yang mendatang. Ujian bagi manusia yang datang dalam bentuk penyakit bertujuan untuk menilai tahap keimanan dan keyakinan seseorang kepada Penciptanya. Allah berfirman:Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh-penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam d ada dan petunjuk dan rahmat bagi orang-orangnya yang beriman” (QS:Yunus 57). 

wallahuaalam.

Wednesday, April 25, 2012

Hilangnya Rasa Hormat

Pagi ini saya ingin memperkatakan tentang rasa hormat. Dari mana datangnya rasa hormat? Ia hadir atas rasa kagum dengan kelebihan yang dimiliki seseorang individu. Contohnya kagum kerana ilmu,tercetus rasa hormat, teruja dengan pencapaian dah kejayaan yang dicapai seseoran maka terbit rasa hormat.

Apabila rasa hormat itu tertanam dalam diri maka segala apa yang dilakukan oleh seseorang individu akan melahirkan satu kepercayaan yang kukuh.Individu yang dihormati ini secara tidak langsung akan dimenjadi contoh teladan. Cuba perhatikan salah satu perkara yang dicontohi remaja adalah pertandingan nyanyian.Kagum dengan pesona artis dan merasa hidup dalam glamour itu hebat,maka berlumbalah mereka untuk meniru gaya artis.

Memperkatakan tentang rasa hormat perlu diingatkan bahawa ia juga berkait dengan syaksiah,tatacara,perlakuan, percakapan,tingkahlaku akan sentiasa menggamit perhatian.Jika ada perkara yang tidak baik dilakukan,maka akan hilanglah rasa hormat.Ibarat orang yang berilmu bila dia berkongsi ilmu maka sudah pasti dia perlu mengamalkannya, jika tidak hilanglah rasa hormat tersebut.
Oleh itu bila diri dihormati atas apa jua kapasiti, maka berusahalah untuk melakukan sesuatu perkara yang baik itu pertama kali dan setiapkali.

Ingatlah orang yang berjaya diHORMATI bukan kerana KEJAYAAN tetapi KUALITI yang membawa kepada kejayaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menunggu Temujanji

Temujanji oh temujanji, sudah 1jam menunggu dari masa yang dijanjikan. Apa nak kata terpaksa menunggu untuk memenuhi hajat yang perlu dilunaskan. Jika kita berada dalam situasi ini,apa yang boleh dibuat supaya tidak merasa jemu menunggu atau supaya masa tidak dibazirkan begitu sahaja. Antara tips yang boleh saya cadangkan;
1)Sediakan satu Al Quran/Tafsir yang kecil dan mudah dibawa untuk anda baca sambil menunggu
2)Mempunyai note/netbook supaya anda boleh menaip/menyiapkan tugasan @ laporan
3)Mempunyai buku catatan untuk anda membuat catitan penting sewaktu memerah idea.
4)Menggunakan telefon/ipad untuk menulis atau membaca apa-apa yang bermanfaat
5)Jika ada buku/majalah yang bermanfaat boleh anda baca dan ambil pengajaran
6)Gunakan calculator/gadjet yang ada untuk menyiapkan akaun berkaitan
7)Jika ada insan disebelah anda yang sama menunggu ambil peluang untuk berkenalan dan berkongsi maklumat yang bermanfaat
8)Jangan sekali-kali mengeluh atau merungut kerana menunggu lama tapi ambil peluang dengan masa yang ada untuk dimanfaatkan.

Saidina Ali berkata"masa ibarat pedang,jika kamu tidak gunakan maka ia akan membunuhmu"

Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 24, 2012

Ciri-ciri Insan yang Beramal dengan Ilmu



Setiap individu Muslim adalah diwajibkan untuk menuntut ilmu. Ini kerana dengan adanya ilmu maka kita akan menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, dengan memiliki ilmu kita akan dapat membezakan mana yang di suruh dan mana yang dilarang. Sebagaimana Allah berfirman mengingatkan mereka yang berilmu: “Wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu” (AnNisaa:59)
Dalam konteks menuntut ilmu dan mengaplikasikan ilmu yang ada maka kita dingatkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah supaya ilmu itu adalah ilmu yang memberi manfaat kepada kita dan orang lain. Rasulullah sendiri berdoa kepada Allah sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak berguna, dari doa yang tidak didengar, dari hati yang tidak khusyuk dan dari nafsu yang tidak kenyang."
Berpandukan hadis di atas, Nabi Muhammad mendoakan empat perkara yang perlu kita jauhi. Pertamanya, ilmu yang tidak memberi manfaat atau tidak berguna. Maksud ilmu yang tidak berguna ialah ilmu yang tidak membawa manfaat kepada si pemilik ilmu dan kepada orang lain. Ilmu sebegini biasanya membawa kemudaratan dan kemusnahan serta kacau bilau kepada umat manusia. Selain itu kita juga perlu memohon sepenuh harapan agar doa kita selalu didengari, dimakbulkan dan hati kita selalu khusyuk mengingati Allah. Perkara yang terakhir adalah dari nafsu yang sentiasa tamak dan tidak pernah mencukupi dengan apa yang dimiliki.
Dalam hadis yang lain juga Rasulullah berpesan, agar manusia itu ikhlas dalam menuntut ilmu. Ini kerana seseorang yang menuntut ilmu hanya kerana ingin disanjung atau hanya untuk dilihat alim, menyanggahi ulama, menyemai perbahasan yang tak berfaedah, maka dia menempah tempatnya di neraka. Ini disebut dalam satu hadis yang lain bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukanya dalam menghadapi manusia" (Riwayat AlBaihaqi)
Kita perhatikan sekarang ini betapa ramai orang yang aqidahnya terpesong gara-gara mendapatkan ilmu dari sumber yang salah, dan ilmu itu pula dipraktikkan tanpa disedari kesilapan itu, maka sia-sialah segala amalan. Berdasarkan keterangan di atas, ciri-ciri orang yang beramal dengan ilmu adalah yang sering berwaspada dengan ilmu yang dimiliki serta berwaspada denganapa yang dilakukan. Selain itu mereka juga akan memastikam ilmu yang diperoleh itu adalah dari sumber yang jelas.
Ilmu memerlukan maklumat yang benar yang membawa makna kepada pemilikNya. Kerana itulah kita juga perlu sentiasa belajar dan mendapatkan ilmu sebanyak mungkin dari orang yang betul-betul berilmu dan bukannya menyamar atau mempergunakan ilmu untuk kepentingan peribadi. Rasullulah saw berpesan supaya berkenaan niat dan tujuan mencari serta menuntut ilum ini dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menuntut ilmu kerana empat perkara, maka masuklah dia ke dalam neraka: sesiapa yang menuntutnya untuk berbahas (berdebat) dengan orang yang berilmu, dan untuk memperlekehkan orang bodoh, dan supaya manusia memandang mulia kepadanya, dan untuk mendapatkan harta dengan ilmu tersebut." (Riwayat Bukhari)

Bila Rindu Bertandang


Rindu itu satu perkara yang biasa dirasai oleh setiap insan yang berkasih sayang. Rindu itu adalah anugerah tuhan.Rindu padaNya ada;ah satu rahmat untuk kita rasa dekat kepadaNya. Rindu pada suami/isteri akan membawa pasangan menjadi lebih menghargai pasangan mereka. Rindu pada anak-anak, akan menyebabkan ibu bapa akan rasa prihatin terhadap anak-anak mereka. Rindu anak-anak terhadap ibu bapa akan membawa anak-anak sentiasa menilai dan menghargai pengorbanan ibu bapa. 


Banyak rindu perkara rindu, tapi rindu yang satu ini tiada yang mampu unutk melunaskan melainkan Dia.. rindu untuk menatap Kaabah, rindu untuk mengunjungi Rasulullah. Rindu akan datang saat diri merasa jauh dengan Dia.. Tapi bila rindu sudah tiada.. ternyata diri sudah banyka terpalit dosa, diri sedang leka dengan arus dunia. Oleh itu kembalilah diri kepada fitrah bila hati tiada rasa, bila perasaan tiada duka, bila jiwa tiada gundah... kerana kedukaan, kesedihan akan membawa kita untuk merasa rindu kepadaNya. 


Biar duka biar bahagia.... rasa rindu itu biarlah bertandang dijiwa raga... 
Kerana tanpa itu semua..
Kita akan jauh dari kasih dan sayangNya..

Wallahuaalam...

Monday, April 23, 2012

ISU DAN CABARAN RUMAHTANGGA MASA KINI

http://www.slideshare.net/bpbpt/isu-dan-cabaran-rumahtangga-masakini?from=share_email

SILA KUNJUNGI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Pahit Manis Menjadi Pendidik


Setiap kali kelas saya seronok berkongsi segala macam kisah kehidupan bersama pelajar. Hubungan dua hala amat menyeronokkan kerana ia bukan hanya pengalamn sendiri tetapi perkongsian pengalaman dari pelajar yang pelbagai bangsa. latar belakang dan usia. Lebih ceria kelas kerana adanya gurauan spontan, usikan dan juga kata-kata yang mencuit hati dari pelajar-pelajar. 

Namun adakalanya tidak mudah menangani mereka, terutama jika ada segelintir merasa diri lebih bagus dari pensyarah mereka, ada yang merasa lebih berpengalaman kerana mereka makan garam terlebih dahulu, ada juga yang begitu berbangga dengan jawatan yang disandang. Pernah diri seketika tidak mahu lagi meneruskan perjuangan kerana percaya ada medan lain yang lebih baik dan rasa diri lebih dihargai... Tetapi kerana minat serta keseronakan disebalik segalal kepahitan maka perjuangan tetap diteruskan. Itulah asam garam menjadi pendidik, ada manis ada pahit. Biar apapun peristiwa yang berlalu dalam kehidupan ia menambahkan kematangan. Pengalaman yang diperoleh semakin berguna untuk peningakatan diri ke satu tahap baru. 


Realitinya, berada dalam kancah ilmu, setiap kali menemukan sesautu yang baru terasa diri ini sungguh kerdil. Terasa diri ini masih banyak yang tidak tahu, masih banyak yang perlu digali dan dicungkil... oleh itu wahai pelajar-pelajarku... belajarlah resmi padi.. semakin berisi semakin tunduk.. kalian adalah insprasi untuk diriku masih di sini... silih berganti kalian datang dan pergi... moga destinasi kejayaan tidak berhenti setakat ini buat kalian... ingat pepatah Arab..."mencari ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"... Selamat berjuang mempraktikkan apa yang telah dipelajari demi memanfaatkan ilmu..

Wallahuaalam.

Saturday, April 21, 2012

Dikir Zikir: Perpaduan

Saf dalam solat. Falsafah disebalik meluruskan saf. Ada imam adanya makmun. Makruh hukum meminta imam yang tidak sesuai.Tidak boleh tangkap muat sahaja.Imam perlu prihatin kepada makmun. Bila dah saf lurus barulaj diteruskan solat. Imam yang tidak baca kuat fatihah,maka sebutlah subhanallah untuk menegur imam. Jika masih terlupa maka sebutlah bacaan fatihah tersebut.

Solat jemaah itu memupuk perpaduan kerana menyembah Allah yang satu, melupakan pangkat dan darjat. Ruh solat itu perlu dihayati,jika tidak maka ummah akan kucar kacir dan tidak bersatu. Kesatuan terlaksana dari solat berjemaah.

Dalam konteks rumahtangga pula suami adalah pemimpin. Kesepaduan dalam rumahtangga diikat dengan keimanan kepada Allah. Kualiti hidup boleh dilihat kepada kualiti solat.

Perbezaan usia,latar belakang boleh disatukan dengan membuang segala perbezaan. Jika dalam solat penghalang/gangguan kyusuk adalah syaitan.Maka begitulah juga dalam masyarakat, aktiviti yang boleh dilakukan untuk memupuk ukhuwah.

Wallahuaalam
Intipati ceramah Ustaz Ghazali Ibrahim
Siri 13.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Membina Karekter Diri

Kita biasa bertemu dengan orang yang panas baran, pemarah, sensitif, serta pelbagai sikap yang dipamerkan. Ada juga segelintir yang kita lihat begitu lemah lembut sikap dan tutur kata, tingkahlakunya pula memang terpuji dilihat disudut zahir tetapi dibelakang kita lain pula keadaanya. Selain itu ada juga yang bila dilihat kepada keterampilan memang kita boleh tertipu, bercakap begitu baik dan penuh Islamik, tetapu sewenangnya meniupu dan berbohong.

Jika bertemu atau bergaul dengan orang sebegini kita akan merasa amat mengecewakan. Kita merasa tertipu dengan lakonannya.Orang yang kita kenal mesra boleh bertukar menjadi pemarah dan baran, dari pasif menjadi agresif. Adakala tidak susah menilai peribadi seseorang, dari tutur katanya kita sudah boleh mengenal pasti. Dari ayat-ayat yang dilontarkan kita sudah boleh meneka bagaimana sifatnya. 

Ambil satu contoh, orang yang suka berlagak, memuji diri sendiri, suka menunjuk-nunjuk. Cuba perhatikan bagaimana ayat-ayat yang dilontarkan sewaktu bercakap dengan orang sekeliling. Adakala kita begitu kasihan dan simpati dengan mereka. Mereka yang sebegini sebenarnya tidak menyedari bahawa sikap dan karakter diri mereka itu tertonjol dari kata-kata yang dikeluarkan. 

Oleh itu beringatlah dan berwaspada terhadap karakter kita kita, karakter, pembawaan atau tingkahlaku itu menunjukkan siapa kita, bahasa yang kita guna mempamerkan siapa kita, apa yang kita tulis mencerminkan diri ktia. Tidak perlu berlakon menjadi baik kerana lakonan itu tidak mampu bertahan lama, karakter diri kita akan tertonjol suatu ketika nanti. Jadilah diri sendiri. Jika diri kita sekarang ini karakternya sering tidak disenangi oleh orang sekeliling, maka berusahalah unutk berubah. Jika rasa diri kita sudah begitu bagus, tanyalah orang ketiga. Siapa? Mereka adalah kawan kepada kawan kita. Kerana orang ini akan memberitahu secara jujur SIAPA kita pada kaca mata orang lain. Namun perlu juga kita ingat, kita tidak mampu memberikan terbaik, paling penting jika terjaga hubungnak ita dengan Allah, maka InsyaAllah akan terjaga juga hubungan kita dengan Insan. 

Thursday, April 19, 2012

MEMBACA DAN MENGAMALKAN AL QURAN


Salam Jumaat,
Semoga kedatangan Jumaat kali ini menjadikan kita sebagai Muslim yang lebih baik dari hari semalam. Hari ini ingin saya berkongsi tentang kebaikan dan amalan membaca Al-Quran. Kebiasaannya setiap kali datangnya hari Jumaat kita sering dibiasakan dengan membaca Surah Yassin, Surah As-Sajdah selain dari surah Al-Kahfi. Walaupun begitu perlu saya tekankan, membaca Al-Quran itu perlu menjadi amalan harian, jangan memberi alasan sibuk kerana kesempatan itu perlu kita ambil walau dimana kita berada. Cara yang mudah kita sediakana Al-Quran satu di ofis, satu di dalam kereta dan juga sudah pasti di rumah kita mungkin ada beberapa naskah Al-Quran. Ini kerana bila ada waktu terluang kita dapat membaca dengan mudah, tetapi jika Al-Quran sudah di dalam dada alangkah bagusnya kita.

Selain itu, didiklah anak-anak untuk mereka mempunyai Al-Quran sendiri yang juga mudah bagi mereka untuk membacanya. Jangan anak-anak hanya dibekalkan play-station, video games dll yang bersifat hiburan. Ajar anak kita juga sebagaimana cara kita. Saya amat menyarankan agar setiap dari kita termasuk ahli keluarga mempunyai Al-Quran yang mempunyai tafsir, ini kerana apabila membaca kita inignkan penghayatan. Maka dengan memahami makna kita akan lebih menghayati isi kandungan Al-Quran tersebut.

Jika dalam hidup kita kita sering bertarget dan bermatlamat, contoh orang bisnes akan meletakkan sasaran jumlah jualan atau pulangan, bagi yang bekerja makan gaji meletakkan sasar untuk kenaikan pangkat dan sebagaimya, maka begitu juga dalam hal membca Al-Quran. Letakkah sasaran bila kita akan khatam, sama ada sebulan, tiga bulan. Janganlah sampai dalam setahun kita tidak dapat menghabiskan bacaan Al-Quran alasan kerana ita tidak tahu membaca Al Quran kerana kita boleh meletakkan sasaran untuk belajar Al-Quran. Jika hati kuat keinginan maka tempoh belajar membaca itu tidak lama. Bahkan ia sering kita praktiskan di dalam solat.

Seringkali kesilapan yang dilakukan segelintir kita, adalah menjadikan Al-Quran sebagai azimat. Al_Quran bukan memberi perlindungan, kerana Allah yang memberi kita perlindungan. ramai yang menggantuungkan Al Quran di rumah, premis perniagaan dengan sebab ingin melariskan perniagaan serta memberi perlindungan. Ingat memohon perlindungan kepada Allah, membaca Al_Quran itu sebagai amalan. Oleh itu betulan niat kita jika sebelum ini kita tersilap. Kita perlu mengamalkan Al-Quran bukan setakat membaca. Bila mengamalkan ajaran Al-Quran maka itu secara tidak langsung kita menjaga diri kita dari perkara yang tidak baik serta melakuan amalan kebaikan sebagaimana saranan Al-Quran.

Semoga kita sentiasa kita cinta kepada ayat-ayat Allah, menjadikan Al-Quran sebagai pendamping dan pengubat hati dan jiwa yang resah. Dengan mengamal,membacanya sentiasa, InsyaAlah moga kita akan mendapat peneman yang meberi cahaya kepada kita di Alam Barzah nanti.
Wallahuaalam.
 

Work,Life,Balance

Jangan kejar sangat kejayaan,tetapi buat dengan ikhlas kejayaan akan datang.Jika kita kejar sangat menyebabkan ia tidak menjadi. Semua haru biru.
Bagaimana menangani kerjaya dan ibadah?
Solat tidak boleh tinggal bagi setiap Muslimin.Ia membezakan Muslimin dengan Kafirun.Waktu luang boleh kita solat.
Sifat orang yang solat mesti lemah lembut dan baik.Jika dia buat benda yang tak baik maka mesti ada yang tidak kena dengan solatnya.
Seimbangkan kerjaya dengan ibadat "al-insan ibbadul ihsan"
Tanda kebahagiaaan ada 4
Pasangan yg baik,rumah kecil tapi bahagia
Jiran yg baik yang saling tolong menolong
Rumah yg luas dan selesa,(subjektif)
Kenderaan yg baik dan bagus

Lelaki yang ingin berkahwin wajib sediakan tiga perkara:
Tempat tinggal
Pakaian
Makan minum

Minum air kopi,biskut keras hangit isteri tak bagi yang sedap nak bagi tetamu.
Kerja selalu dipulun sungguh,bila balik rumah kita penat,tapi kita kena layan anak-anak.Sama bila nak belanja makan boleh tapi nak belanja ibu bapa amat susah. Belanja keluarga makan lebih baik dari belanja kawan.Kerja utk memenuhi keperluan rumahtangga.

Kerjaya berkait dengan duit. "Setiap daging terbina dengan benda yang haram tidak boleh lari dari api neraka"
Oleh itu cari keberkatan rezeki. Umpama hukum makan telur buaya. Telur buaya boleh makan jika semua binatang yang halal sudah tidak bertelur.

Bila kita bermula dengan diri sendiri. Kita adalah apa yang kita makan.Paling tidak ada kerja kita boleh berniaga.

Seimbangkan dua dunia sukar jika tiada ilmu.Maka kita perlu jadi khalifah untuk memimpin kehidupan dan alam. Kerja itu adalah Ibadat maka jagalah sumbernya.

Intipati Ceramah 30 minit Ustaz Don
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 18, 2012

KHAS UNTUK WANITA MUSLIMAH

Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...

Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah.

Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.

Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin........

Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah  sekali, ayatul
Qursi sekali, dan surah  Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk
kebahagiaan  rumahtangga kita.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan  istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Tuesday, April 17, 2012

Hakikat Sebuah Perkahwinan


Hakikat Sebuah perkahwinan
Tidak perlu pelamin persandingan
Tidak perlu kenduri besar besaran
Tidak perlu dinobat di hotel lima bintang
Tidak perlu hantaran berdulang dulang
Tidak perlu pakaian bergemerlapan
Tidak perlu disarung intan berlian
Tidak perlu hiruk pikuk gema nyanyian
Tidak perlu budaya kebaratan
Tidak perlu kad jemputan menunjuk kehebatan
Tidak perlu ditepung tawar direnjis wangian
Tidak perlu dijaja kecantikan pasangan
Tidak perlu ditonjol segala kemewahan

Hakikat sebuah perkahwinan
Sewaktu bahtera dilambung ombak rintangan
Sewaktu nakhoda diuji tsunami cabaran
Saat anak kapal dilanda ribut halangan
Tidak goyah bahtera itu
tidak rapuh hati dan perasaan
Tidak goyah rasa kecintaan
Tetap teguh ia berdiri
terpasak hakikat itu
Kerana agama yang ada padanya
Bukan harta atau paras rupa
Cintaannya subur dengan keikhlasan
Kasihnya bersemarak ketaqwaan
Sayangnya menyerlahkan keyakinan

Hakikat sebuah perkahwinan
Diijab kabul atas nama tuhan
Berwalikan insan yang beriman
Berdiri diatas teras kesetiaan
Bertaut jiwa atas paksi kasih sayang
Bersambung ukhuwah atas dasar islam
Berbekal taqwa dan keyakinan

Hakikat sebuah perkahwinan
Perlu dijalin utuh dengan kepercayaan
Dibangun bertiangkan iman
Dijaga bersama ibadat
Maka mengertilah
hakikat sebuah perkahwinan
Bukan mainan kedustaan
Bukan jua satu percubaan
Bukan ada kalah menang
Bukan medan satu pertarungan
Bukan percaturan perjudian
Kerana hakikat sebuah perkahwinan
DariNya dan keranaNya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 16, 2012

MEMBINA INTEGRITI DAN KEMATANGAN BERFIKIR



Sewaktu kunjungan mertua saya minggu sudah, sebelum beliau beransur untuk pulang setelah melawat ipar saya yang baru bersalin dia mengatakan "dia memang matang". Kata-kata itu ditujukan kepada anak saya yang sulong Anis Najwa. Pada saya memang ada hal tertentu anak saya sudah matang, tetapi dalam hal tertentu tidak semua nya beliau boleh menanganinya dengan penuh kematangan, terutama dalam bab-bab kasih sayang dan sifat manjanya yang melebihi adik-adiknya, walaupun berstatus anak sulong. 
Cerita disebalik pujian mertua saya itu kerana minggu lepas adalah minggu para pelajar asrama SBPI diberi untuk balik rumah secara pilhan, memandangkan rumah datuknya dekat dengan sekolah tersebut, maka anak saya memilih untuk balik ke rumah datuk dan nenek mereka. Mengikut kata suami anak saya memerlukan notebook untuk memudahkan menaip kerja-kerja yang diberikan guru. Apabila mengetahui sekolah memberi kebenaran untuk membawa notebook maka ada segelintir pelajar yang membawanya ke asrama. Melihat anak saya bertungkus lumus menyiapkan kerja menggunakan PC di rumahnya dan kawannya yang turut datang berkunjung juga memiliki notebook. Maka tanya mertua saya: "mengapa tak minta Baba dan Ummi belikan satu notebook? Maka jawapan Anis Najwa adalah: "tak mengapa, kakak tidak mahu menyusahkan Baba dan Ummi". Dari jawapan itulah mertua saya mengetahui bahawa anak saya cukup matang dalam menyatakan pandangan.
Sebenarnya, itulah cara saya mendidik anak-anak. Setiap satu perkara yang mereka inginkan perlu ada bayarannya. Mungkin saya boleh belikan tetapi, saya ingin mengasuh anak-anak saya merasa hidup susah. Bagi saya bila ibu bapa itu dari kalangan berada atau sedikit senang maka bukanlah bererti anak perlu diberikan kemewahan. Bukan bermakna segala permintaan mereka perlu dipatuhi dan dilunaskan. Pernah mertua saya menegur sewaktu anak-anak saya masih kecil, katanya saya amat strict dengan anak-anak. Ya betul saya akui, tetapi saya punya prinsip tersendiri dalam mendidik anak-anak. Saya akui kita ibu bapa perlu belajar dari pengalaman sendiri, memang akan ada kesilapan, namun saya percaya bahawa apa yang saya lakukan ini adalah betul. 
Anak-anak saya dididik sejak kecil perlu lebih cintakan buku dari mainan. Saya tidak memanjakan anak-anak dengan mainan, sebab itu anak-anak tidak tahu meminta mainan. Sama juga wang saku, saya pastikan anak-anak wajib membawa air mineral yang ditapis dari rumah dan hanya diberi cukup-cukup untuk membeli makanan yang mengenyangkan, kenapa demikian? Cuba anda lihat anak-anak yang dibekal duit yang banyak mudah membeli junkfood/jajan serta perkara yang tidka berfaedah yang dijual di luar pagar sekolah. Lihat sahaja pelbagai jenis aiskrim yang dijual ada yang tidak halal dan tidak bagus untuk kesihatan anak-anak. 
Sepanjang Anis Najwa bersekolah rendah setiap hari saya bekalkan makanan dari rumah, saya pastikan dia kenyang makan dirumah barulah ke sekolah. Duit yang dibekalkan hanya seringgit. Waktu darjah 1 hingga darjah 3 saya hanya memberikan 50 sen. Ramai yang tidak bersetuju dengan saya, bahkan ada kawan-kawan yang mengatakan saya kedekut. 
Biarlah mereka mengatakan saya kedekut dengan anak-anak kerana saya lebih tahu cara mendidik anak-anak saya. Namun hasilnya sekarang ini anak-anak saya amat prihatin apabila membeli dan memilih makanan. Jika tiada tanda halal mereka tidak akan beli bahkan segala makanan yang halal baik coklat, gula-gula saya ajar satu persatu cara memilih. Alhamdulillah anak-anak saya setiap kali mengunjungi birthday parti kawan-kawna,jika mereka dibekalkan dengna junkfood sebagai ole-ole mereka tidak akan makan  jika sudah mengetahui makanan tersebut tiada tanda halal.
Itu bab makanan, belum lagi bab hiburan. Rumah saya tiada radio, anak saya mengatakan di asrama ramai kawan-kawan ada ipod. Saya kata hiburan tidak membantu kita menjadi insan yang baik, hiburan menjadi racun kepada minda. Lagu-lagu itu sering melalaikan diri, kecuali kita mendengar al Quran atau alunan nassyid. Hinggalah anak saya berjaya mendapat 9A PMR barulah saya belikan. Itupun setelah anak saya merajuk kerana memarahinya mendengar lagu-lagu melalui notebook. Maka setelah memikirkan kewajaran dan suami upload Al Quran dan nasyid barulah keinginan Anis ditunaikan. 
Setiap sesuatu ada harganya itu pada saya. Dan itulah yang saya syaratkan pada diri dalam mengejar kejayaan. Contoh apabila umur enam tahun Ieman Ihsan berjaya khatam Al-Quran barulah saya belikan basikanl baru. Sebelum itu dia hanya menggunakan basikal pemberian sepupunya. Saya menggunakan taktik ini untuk mendorong Ieman mengaji dan belajar. Namun tidak semua perkara saya gunakan material untuk menarik minat anak-anak melakukan sesutu yang baik. Anak-anak tidak boleh dididik cintakan material atau duit ringgit. 
Cubalah tanamkan dalam diri mereka setiap perkara yang mereka lakukan itu dengan ikhlas. sama seperti sambutan hari jadi, yang sebenarnya haram disambut. Tetapi kerana sudah menjadi amalan dan kebiasaan maka kita lakukan. Maka berlumbalah kita membeli hadiah sebagai tandan ingatan. Sebenarnya ada banyak cara untuk meraikan sesuatu sebagai tabda ingatan. Anak-anak saya pastinya ada keinginan, kita semua manusia biasa pasti ada keinginnan tersendiri. Namun kita perlu mendidik diri dan anak-anak, bahawa keinginan itu perlu disalur dengan cara yang betul dan pasti ada syaratnya supaya saat mereka mendapatkan dan memperoleh hadiah tersebut, ia adalah sesuatu yang mereka akan kenang dan manfaatkan. 
Percayalah jika kita bergelar jutawan bukan bermakna kita perlu hidup dengan gaya hidup sebagaimana jutawan. Jika kita miskin tidak bermakna kita perlu merasa hina dengan kemiskinan dan sanggup berbuat apa sahaja untuk dilihat sebagaimana jutawan. Tidak penting tidak dilihat sebagai kaya raya, juga tidak perlu gusar dilihat sebagai miskin. Dunia dikejar tidak berkesudahan, jika kita diri sendiri tidak mementingkan material dan kemewahan maka InsyaAllah anak-anak kita akan mengikut acuan kita. Saya mengingatkan diri sendiri dan kalian semua: "Zuhudlah pada dunia" agar kita mampu membina integriti dan kematangan berfikir kepada anak-anak. Ia akan menjadi signal kepada mereka bahawa dunia hanyalah alat unutk mancapai tujuan akhirat.  
Wallahuaalam.

Jalan Jalan Cari Masjid

Saya ingat Jalan Jalan Cari Masjid ini dikongsi oleh Sham Kamikaze di Surau Al Hidayah di taman perumahan tempat tinggal saya. Menarik mendengar kisah Sham yang sebelum diberi hidayah oleh Allah sering melalaikan solat. Saya kagum mendengar perkongsian perjalan beliau saat diberi hidayah Allah untuk kembali kepada fitrah salah satunya adalah mengunjungi masjid atau jalan jalan cari masjid.
Saya setuju dengan fungsi mengunjungi masjid ini boleh membuka minda dan jiwa individu yang ada segelintirnya tidak pernah memijak kaki ke masjid. Bagi yang biasa mengunjungi masjid samada untuk bersolat atau kerana menghadiri program yang diadakan di masjid sudah pasti akan merasa tenang berada di rumah Allah ini.
Institusi masjid perlu mesra kommuniti supaya masyarakat seronok untuk hadir dan mengikuti program yang diadakan di masjid atau untuk berjemaah. Salah satu program yang perlu adalah program yang boleh menarik remaja untuk datang ke masjid. Inilah approach atau pendekatan yang cuba dibawa oleh Sham Kamikaze untuk mengajak remaja ke masjid iaitu dengan Muzik. Saya tidak mahu mengulas hal tersebut namun apa yang menarik hati saya dalam perkongsian itu adalah doa ibunya yang tidak putus agar Sham diberi hidayah. Menurut Sham,setiap kali ibunya menelefon bertanya khabar, perkara yang ditanya tiada lain melainkan "sudah solat".
Sebagai ibu adakah kita prihatin terhadap kewajipan solat anak-anak kita? Jika kita kurang prihatin maka sudah masanya kita mengambil peranan dan melihat kewajipan solat amat penting untuk dipupuk pada anak-anak sebagaimana pepatah menyebut "melentur buloh biarlah dari rebungnya".
Jalan jalan cari masjid boleh dijadikan aktiviti keluarga untuk memupuk anak dan keluarga cintakan solat.
Wallahuaalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

30minit Ustaz Don

Setiap malam saya sekeluarga tidak pernah terlepas menonton 30 minit Ustaz Don.Walaupun sedikit sebanyak yang dikongsi adalah perkara yang asas dalam bab Fardhu Ain tetapi ia amat bagus untuk pengukuhan ilmu serta menambah ilmu kepada anak-anak untuk mempelajari dan mendalami agama.
Sebagai contoh approach dakwah yan terbaik dalam hal solat merupakan satu perkongsian ilmu terbaik dari Ustaz Don. Ramai kalangan kita meremehkan solat dan mengambilnya dengan sambil lewa, maka kerana jahil sampai ke hujung usia solat mereka tidak sempurna. Itu belum lagi yang tidak solat dan tidak mengendahkan kewajipan solat.
Jika kita perhatikan ramai yang gagal mengawal channel TV terhadap anak-anak. Walhal sudah tersedia program dan siaran TV yang banyak memberi informasi dan pengetahuan agama. Maka ibu bapa perlu membuat pilihan bijak untuk anak-anak.Cara yang mudah adalah menjadikan program yang bermanfaat seperti 30 minit Ustaz Don sebagai masa bersama keluarga. Inilah peluang dan masa untuk mengisi masa lapang dan mengeratkan hubunhan keluarga serta dalam masa yang sama belajar ilmu yang bermanfaat. Wallahuaalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 14, 2012

Antara Keluarga dan Kerjaya


Rata-rata wanita yang bekerjaya pastinya sering dihimpi dilemma antara memberi keutamaan kepada keluarga atau kerjaya. Apabila masa diperuntukkan untuk kerjaya, maka adakala anak-anak terpaksa diabaikan ayau keutamaan kepada mereka terpaksa dikurangkan. Jika tidak diberi keutamaan kepada kerjaya, masalah ekonomi keluarga pula memaksa mereka untuk terpaksa bertungkus lumus merncari rezeki. Ada yang bukan untuk mencipta nama atau melakr kejayaan berlipat ganda tetapi demi mencari sesuap nasi untuk santapan keluarga.
Namun begitu ada pula yang terpaksa memberi kutamaan kepada anak-anak hingga terabai kerja yang terpaksa dibereskan. Bila timbul masalah di temapt kerja maka akan berlaku pula konflik antara pekerja dan majikan mahupun sesama rakan sekerja. Ada juga yang ditimpa masalah bila ada pula anak-anak istimewa yang terpaksa diberi perhatian. Untuk berhenti kerja akan berdepan pulan dengan maslaah kewangan. 
Inilah rarat-rata dilemma yang terpaksa dihadapi oelh wanita yang bekerja. Dia saat goyahnya iman anak-anak remaja masa kini yang kerap mengundah masalah sosial, maka apakah pilihan yang ada pada wanita atau ibu-ibu yang terpaksa bekerja serta dalam masa yang sama perlu fokus kepada anak-anak?
Persoalan ini juga berat untuk dijawab kerana ada juga kes yang berlaku wanita yang berhenti kerja unutk fokus kepada anak-anak namun akhirnya kecundang dalam rumah tangga bila suami pula bermain kayu tiga di luar rumah. dalam keadaan tidak ada mata pencarian maka wanita ini terpaksa menerima segala perlakuan suam kerana bimbang tidak ada perlindungan atau nafkah lagi untuk diri. Sementelah usia juga sudah menganjak maka unutk bekerja pastinya agak sukar mendapat majikan baru. 
Bagi menjawab persoalan ini, pada hemat saya, wanita perlu mempunyai pekerjaan demi membantu suam atau menyara anak-anak. Kenapa? Kita pelru melihat secara positif bahawa tidak semestinya kerana bimbang bila berhenti kerja suami tidak memberi nafkah, tetapi cuba bayangkan jika suami menniggal lebih awal. Setidaknya wnaita mempunyai kemahiran tersendiri dan mampu berdikari walaupun suami tiada di sisi. 
Manakala tugasa rumahtangga perlu menjadi keutamaan, memang wanita perlu berkorban masa unutk memberi masa yang kualiti bewrsama anak-anak. Didikan agama perlu diberi oleh ibu bapa sendiri dan tidak boleh hanya berharap kepada pihak sekolah semata-mata. Anak-anak juga perlu diberi perhatian walau sibuk bagaimana pun dengan tugasan pejabat, kasih sayang perlu diterap. Ibu yang bekerja perlu kreatif mengagih masa unutk memberi ruang masa kepada keluarga. Suami juga perlu sedar pengorbanan isteri bukan sedikit kerana isteir yang bekerja juga sebenarnya membantu mereka pasa suami meningkatkan ekonomi rumahtangga. 


Sebagai ibu sudah pasti prioriti adalah kepada keluarga dan selepas itu barulah kerjaya.   Apapun permasalah yang timbul antara kerja dan rumahtangga ia boleh diatur dengan baik jika kita ada strategi/jadual tugasan serta bijak mengatur dan kreatif dalam menangani keduanya. Mungkin kita tidak boleh menyempurnakan semuanya sebagaimana yang kita kehendaki, tetapi ia boleh dicapai jika kita sentiasa peka dan berusaha mengatasinya dengan sebaik mungkin. Lihat contoh-contoh yang sedia ada ,mereka yang mempunyai keluarga bahagia dalam kerjaya dan dalam masa yang sama berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Bagaimana? Jagalah Allah dan Allah menjagamu....

Toleransi dan Persefahaman dalam Rumahtangga

Sehari dua ini saya menerima keluh kesah dari pasangan yang mengadu penat bekerja dalam masa yang sama perlu memberi perhatian kepada suami dan anak-anak. Bahkan ada juga yang lebih malang apabila masa diperuntukkan unutk anak-anak terutama apabila mereka menghadapi peperiksaan (kerana suami menyerah bulat-bulat hal-hal rumahtangga dan anak-anak bulat-bulat kepada isteri dengan alasan suami sibuk dengan urusan bisnes) si suami pula beralasan ingin kahwin lagi gara-gara inginkan belaian isteri. Malang bagi wanita dalam keadaan sibuk bekerja, mengurus rumahtangga terpaksa pula berdepan dengan kerenah suami yangi ingin mencari pengganti. 
Ada juga yang mengadu suami mengugut untuk kahwin lain kerana tidak betah tinggal di rumah, apalagi merasa layanan isteri sekarang sudah tidak terbaik seperti dulu, walhal isteri terpaksa melakukan dua kerja iaitu kerja hakiki, kerja partime, kemudian terpaksa mengurus anak-anak dari A-Z, iaitu dari makan pakai, menghantar ke sekolah, malamnyap ula ke tuisyen. Jika tidak ada pula pembantu rumah, mereka seperti lipas kudung melakukan semua benda dan mengejar masa. 
Akhirnya masa yang ada di saat semua sudah beristirehat dan pada masa itu si isteri sudah teramat penat dan lena dalam kepenatan. Maka si suami merasa seperti terpinggir, maka bila keadaan terjadi sebegini si suami merasa inilah peluang terbaik menambah pasangan, lebih-lebih lagi jika si suami merasa berkemampuan untuk memberi nafkah. Persoalannya, adilkah unutk si isteri? Sudah pasti ramai para isteri yang bernasib sebegini akan merasa suami berlaku tidak adil kepada mereka. Sudahlah terpaksa bekerja sama seperti wanita yang lain, mengurus keluarga walhal mereka tidka perlu melakukan semua ini. 
Sungguh simpati apabila ramai wanita berada dalam dilemma bila berhadapan keadaan sebegini. Ada yang memilih menumpukan  perhatian kepada keluarga sepenuh masa lalu berhenti kerja maka adap ula persoalan lain timbul, suami cari perempuan lain, tidak memberi nafkah, tidak dapat memberi duit ringgit pada ibu bapa sendiri, bahkan banyak masalah timbul termasuk soal masalah kewangan keluarga bila hanya seorang sahaja yang mencari nafkah menyara keluarga sementelah ekonomi sekarang amat tidak stabil.
Mendengar permasalah sebegini sudah pasti tiada jalan penyelesaian melainkan suami isteri boleh duduk berbincang. Pasangan perlu ada toleransi. Suami isteri boleh menyusun jadual kerja yang sama supaya tidak berlaku perkara yang akan menajauhkan hubungan suam isteri. Plaing penting kesedaran tanggungjawab dan kefahaman antara pasangan akan dapat membantu dan mengelakkan tercetus kontroversi dalam rumahtangga.
Memberi contoh diri saya sendiri, kredit perlu saya beri kepada suami. Apabila saya membuat keputusan belajar sambil bekerja sudah pasti saya memerlukan sokongan yang kuat dari suami. Empat tahun yang lalu apabila pembantu berhenti kerja menambahkan lagi kesukaran kami kerana waktu yang sama juga suami juga sambung belajar. Namun atas dasar kefahaman kepada tanggungjawab, beliau banyak membantu mengurus anak-anak, jika saya memasak dia akan menolong membasuh pinggan. Jika ruma bersepah saya mengemas dia pula membantu menyapu dan vakum, jika saya tergesa-gesa perlu keluar ke ofis di waktu pagi, maka dialah yang mengambil alih menjemur pakaian, melipat baju. Paling kritikal sewaktu saya perlu menamatkan pelajaran, tesis perlu dihantar, hampir 80% urusan anak-anak suamilah yang memikul tugas tersebut.Padti ada yang berkata mungkin tidak suami yang suami sebegini telah dikonntrol oleh isteri. bernahkah begitu? 
Sekarang giliran beliau pula perlu menamatkan pelajaran maka saya banyak mengambil alih tugas-tugas tersebut. Namun beliau tetap mengambil masa terluang unutk membantu mana yang patut. Memang diakui ada perkara yang dia tidak suka lakukan, dan ia perlu saya buat dari A-Z tetapi saya amat bersyukur setidaknya ada hal-hal tertentu beliau akan membantu. Kefahaman antara kami ini sememangnya amat penting jika tidak sudah pasti akan sering berlakunya pertelingkahan. Ujian dan cabaran iotu sudah pasti silih berganti,tetapi cara yang paling mudah bagi kami adalah banyak mengadu kepada Allah. 
Amalan yang penting jika ingin mengelakkan pertelingkahan dalam keluarga adalah solat jemaah bersama. Pupuk dan budayakan solat jemaah dalam keluarga. Tidak salah jika suami tidak mahu tetapi isteri yang memulakan. Ajaklah anak yang kecil unutk menjadi makmun isteri menjadi imam, lama-lama si suami akan mengikut. sama juga jika penat mengendalikan rumahtangg, kerja, menelaah pelajaran, cubalah untuk mengamalkan zikir (rujuk kisah Fatimah Az-Zahra), sudah pasti kepenatan itu hilang. Selain itu biar sibuk bagaimanapun luanglah masa bersama keluarga, perlu ada masa kita keluar bersama suami sekadar bersembang-sembang hal-hal pelbaagi. Tujuannya untuk memupuk kemesraan. 
Memang adakala kita kesibukan mengar wang ringgit dan kekayaan hingga kita terlupa dan membiarkan hubungan dan komunikasi antara kita dan pasangaan menjadi renggang. Tidak dinafikan juga saat kepenatan, kita tidak mampu memberi layan terbaik kepada pasangan, maka disinilah letaknya toleransi. Disinilah buktinya kasih sayang yang sebelum ini diungkap kepada pasangan kita untuk menerima seadanya. 
Selaklah kembali tinta sejarah, agar kita memahami sunnah itu bukan sekadar mengamal poligami tetapi melaksana segala tugas dan tanggungjawab sebagai pelindung rumahtangga. Ingat, keluarga bukan semata-mata untuk diberi suapan nasi atau kemewahan, tetapi mereka juga menuntut kasih sayang dari kita suami isteri. Membina itu bukan mudahm meruntuhkannya hanya sekelip mata. Belum terlambat untuk kita melihat ke belakang, menyoroti masa lalu agar ia menyegarkan kembali kasih sayang yang kian pudar.
Wallahuaalam. 

Thursday, April 12, 2012

Man Jadda Wajada : Banker To The Poor


Salam Jumaat,
Saya pernah melihat dokumentari tentang bagaimana hebatnya seorang Muslim yang diberi hidayah Allah datang dengan idea yang bernas dan praktikal untuk membantu saudara yang semuslim dengannya. Siapa tidak kenal Muhammad Yunus (nama ni sama dengan nama bapa mertua saya) yang berperanan memperkenalkan sistem pinjaman yang amat sistematik dan tidak menekan peminjammnya. Bahkan konsep tolong menolong yang diajar dan disaran dalam Islam itu dipraktikkan dengan jayanya. Inilah yang dilasanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia.
Saya bukan ingin membincangkan tentang konsep pinjaman kewangan atau bagaimana ia harus dilaksananakan, isu yang ingin saya sentuh adalah konsep yang sedia ada dalam Islam seperti zakat/sedekah yang boleh membantu golongan miskin. Menjadi miskin itu bukanlah hina jika kita sudah berusaha tapi rezeki tidak berpihak kepada kita. Apapun golongan miskin yang mendapat habuan dari zakat/sedekah perlu kreatif menggunakan atau melaburkan wang yang diperoleh untuk dijana semula menjadi wang. Sebagai contoh wang yang diperoleh bukan semata digunakan unutk membeli keperluan hidup tetapi diambil sedikit untuk dijadikan modal permulaan.

Saya tertarik dengan Konsep yang digunapakai Program TV Al-Hijrah iaitu Man Jadda Wajada, kerana mereka ini bukan sahaja turun padang membantu golongan yang susah tetapi mereka juga memberi tunjuk ajar dan memberi cara bagaimana menjana pendapatan dari kemahiran yang sedia ada. Ibarat yang selalu digunapakai iaitu kita bukan memberi ikan tetapi kita memberi kail, kerana hari ini jika ikan diberi sudah pasti ia akan habis, tetapi jika diberi kail, ia boleh digunakan kembali untuk mendapatkan ikan.
Oleh itu konsep Man Jadda Wajada ini jika diperluas sudah pasti ramai golongan kurang berada akan dapat meningkatkan kehidupan diri serta keluarga. Apapun mereka yang dibantu ini juga perlu lebih gigih berusaha dan bukan semata-mata mengharap belas ihsan orang lain semata-mata. Ingat, menjadi manusia adalah lebih baik memberi dari menerima. Mungkin hari ini kita menjadi penerima, tetapi kita perlu berazam agar satu masa kita boleh menjadi pemberi. Itu adalah lebih baik, kerana Man Jadda Wajada

Apabila Tsunami Menyampaikan Petanda

Memetik laporan akhbar harian Metro 12.April .2012 
"Sebahagian penduduk Aceh tidak mempercayai apa yang berlaku.
“Apa dosa kami sehingga kami ditimpa bencana seperti ini?” tanya Aisyah Husaini, 47, sambil menangis. 
Ibu bapa dan seorang anaknya terbunuh apabila tsunami melanda wilayah itu pada 2004. 

“Saya takut. Saya tak mahu kehilangan keluarga lagi,” katanya sambil memegang erat dua anaknya di Masjid Baiturrahman, tempat di mana ratusan penduduk berlindung. "


Hati saya tersentuh airmata berjatuhan dek simpati dengan nasib yang menimpa. Sudah pasti tiasa jawapan yang boleh diungkap. Hanya Allah yang tahu kenapa mereka menjadi insan terpilih untuk menerima ujian sebgitu. Allah ternyata menyanyangi mereka kerana memberikan tusnami sebagai amaran dan peringatan . Agar manusia tidak lupa dan lalai. Agar manusia berharpa dan bermohon keselamtan dan perlindugan dariNya.
Dalam keadaan getir, panik, cemas sudah pastilah Allah yang mampu menolong. Peristiwa Tsunami yang melanda Aceh serta lain-lain negara mengingatkan kita kepada kisah Nabi Nuh, mengingatkan kita kisah kaum Nabi Lut. Moga semua ini menginsafkan dan mendekatkan kita kepada Allah,semoga peringatan ini menyedarkan hati agar sentiasa dekat kepadaNya. Moga mereka yang diuji tabah menerima dugaan dan ketentuan.

Wednesday, April 11, 2012

Menghargai Ilmu Milik Allah

Salah satu syarat untuk berjaya baik dunia mahupun akhirat adalah dengan jalan ilmu. Persoalannya semakin kita mencari semakin terasa kerdilnya diri, jahilnya diri. Maka pencarian itu sentiasa tidak akan berkesudahan. Itulah yang saya alami lebih-lebih lagi apabila kita juga ingin menyampaikan kembali apa yang telah kita baca. Adakala pembacaan itu tidak sama kefahamannya antara kita dengan orang lain.
Mungkin ada juga yang membaca labih banyak, bahkan lebih arif dari kita, tetapi ilmu itu payah untuk dikongsi disebabkan kekangan-kekangan tertentu. apa yang saya fikir selama ini saya bukanlah orang terbaik untuk berkongsi, kerana ilmu yang cetek serta kurangnya kemahiran yang ada pada diri. Namun berbekalkan pesanan " berkongsilah walau satu ayat" maka itulah yang memberikan kekuatan dan semangat untuk berkongsi apa sahaja yang diraskan baik serta boleh memberi manfaat. Sama juga apabila saya berkongsi tentang kebaikan, amalan-amalan yang perlu dilaksana, ibadat yang perlu disempurna. Ternyata mungkin ada pastinya lebih baik dari diri ini. Bahkan saya juga mungkin tergolong dalam kalangan orang yang ada ketikanya lalai dan leka. Namun setidaknya apa yang diperkata, apa yang dibaca menguatkan minda, mengingatkan diri agar sentiasa kembali semula ke jalan yang benar saat diri tergelincir dariNya. 

Maka dalam persoalan ilmu, semuanya adalah milik Allah. Adakala diliha seperti tinggi ilmunya namun praktikalnya pula kurang. Ada yang praktikalnya begitu banyak, tetapi dia tidak mahu belajar dan merasakan diri sudah betul semuanya, maka rugilah dia tidak mempertingkatkan diri menyempurnakan apa yang telah dikerjakan.
Ilmu milik Allah, kenapa demikian? Kerana hanya Allah yang berhak memberikan ilmu serta memberikan hidayah kepada setiap apa yang ingin dimiliki oleh insan, jika tidak kerana Allah maka kita akan sering terkapai-kapai, kita akan sentiasa lemas dalam pencarian. Untuk kita sentiasa cinta mendampingi ilmu, maka seringlah meminta kepadaNya saat kita solat. Mohon Allah cerahkan hati, lapangkan jiwa menerima hikmah dariNya. Mohon Allah memberi kita ilmu yang bermanfaat serta mampu kita berikan kembali kepada insan lain untuk sama-sama diamalkan. 
Memetik kata-kata Imam asy-Syafie yang dipetik dari Kitab Al-Baihaqi, Manaqib asy-Syafi'i yang menunjukkan betapa pentingnya ilmu. "Ilmu itu tidak baik dan tidak indah kecuali dengan tiga perkara, iaitu taqwa kepada Allah, bersesuaian dengan Sunnah, dan melahirkan rasa takut kepada Allah”. 
wallahuaalam.

Tuesday, April 10, 2012

Sekadar Renungan Buat Diri

Doa Abu Bakar As-Sidddique: Ya Allah jadikanlah aku lebih baik dari sangkaan manusia kepadaku"
Saat kita melakukan sesuatu perkara yang dirasakan baik dan bermanfaat untuk diri dan orang lain, belum tentu orang lain juga berfikiran sebegitu. Semasa kita mengambil sesuatu tindakan yang dirasakan memberi kebaikan kepada semua, belum tentu orang lain melihat kepada perspektif yang sama dengan kita.
Ketika kita bersuara memberikan penjelasan bahawa kita amat tulus ikhlas serta tiada agenda kepentingan dalam apa jua keputusan, namun kita dilihat sebaliknya pada kacamata orang lain.
Berada dalam situasi sebegini sudah pasti ia meruntun kekecewaan kepada diri. Apalagi minda dan perasaan mengatakan kita tidak bersalah,kita tidak sebagaimana sangkaa. Soalnya bagaimana membuktikan diri tidak bersalah, bagaimana menjelaskan kepada orang lain bahawa kita sebenarnya hanya mahu memberikan kebaikan dan cuba menyelesaikan permaslahan.
Wahai diri kita tidak perlu kepada persoalan mengapa,kita juga tidak perlu ttertekan untuk bertanya BAGAIMANA lagi? Situasi yang menghimpit diri sebegini sekadar memberi kita arah serta ingin membawa kita untuk kembali semula kepada Allah, keadaan ini mengajak kita untuk BERSERAH KEPADANYA. Dia yang Maha Mengetahui APA yang telah berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku. Oleh itu serahlah sepenuh jiwa raga kepadanya.Janganlah mengharapkan pertolongan manusia untuk memurnikan keadaan.
Tugas kita pula apa? Jangan sentiasa merasa diri sentiasa betul, kerana kita juga banyak kekhilafan.Maka mohonlah ampun kepadaNya,pintalah hidayah DariNya. Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberi hidayah dan pertolongan.
Bacalah doa Nabi Nuh saat ini supaya diri sedar akan kesilapan sendiri dan diberi ampunan.
Renungkan kisah Nabi Yusuf agar diri tidak gusar dengan tomahan.
Ingatkan kisah Aisah dan Nabi Muhammad moga diri terhindar dari ujian fitnah.

Ujian dan rintangan sekadar untuk melihat Hebat mana diri? Sabarkah kita?Pasrahkah diri?
Sesungguhnya semua itu ada hikmah yang tersirat.
Wallahuaalam


Fakta:Gelaran utk Aishah adal bintu ssidique iaitu 2 kebaikan. Abu bakar ada 47 org hamba,apabila mereka memeluk Islam mereka dibebaskan. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KONSEP JIHAD

Konsep jihad telah dijelaskan di dalam Al-Quran Dan As-Sunnah. Allah berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 95 bermaksud:  “tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang duduk (tidak berperang disebabkan uzur) dengan kelebihan satu darjat”
Ayat di atas menunjukkan kelebihan orang yang berjuang serta berjihad di jalan Allah dalam apa jua bentuk. Manakala dalam ayat yang lain, Allah berfirman menerangkan lagi tentang kepentingan berjihad bukan semata dengan berperang, tetapi jihad juga diperlukan dari aspek harta benda dan jiwa kepada jalan Allah.  Ayat yang bermaksud “Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (At-Taubah: 41)
Rasulullah s.a.w pernah.ditanya: “Wahai Rasulullah! Ada orang berperang dengan gagah berani, ada yang berperang dengan penuh semangat, dan ada pula yang berperang agar dikenal kedudukannya maka siapakah yang disebut berperang di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab sesiapa yang berperang untuk menegakkan Kalimatullah, maka dialah yang berperang di jalan Allah”

Sunday, April 8, 2012

Menganjak Paradigma

Sedang membelek satu majalah yang menampilkan kisah kejayaan insan-insan yang berusaha gigih dipersada perniagaan memberi idea kepada saya untuk membicarakan tentang pentingnya melihat kepada paradigma kita dalam kerjaya yang diceburi hari ini.
Paradigma amat mempengaruhi segala strategi dan tindakan kita untuk menggapai kejayaan dan merealisasikan impian. Ada ramai dikalangan kita yang begitu takut untuk melakukan sesuatu perkara kerana telah terbenam lama di dalam minda serta telah tersogok dengan pemerhatian sekeliling yang mempamer kisah kegagalan.Kesannya mereka tidak mahu berganjak dari keadaan sedia ada.

Bukan mudah mengubah paradigma seseorang jika mereka ini tidak melihat visi dengan jelas serta mahu mengubah strategi. Dalam konteks kerjaya, pentingnya kita meneliti sejauh mana kita mampu meraih kejayaan dalam posisi yang sedia ada sekarang ini. Ada yang takut menukar kerjaya kerana takut dan bimbang dengan penerimaan tugasan baru walaupun tertekan dengan kerjaya sekarang, atau juga tidak berminat, kurang kemahiran tetapi kerjaya itu tetap dipegang.
Diri harus diberi peluang mencuba sesuatu yang baru, risiko terbilang harus diambil,peluang yang ada harus diraih, masa yang ada perlu dicuri.Percayalah kepada kebolehan diri sendiri kerana menganjak paradigma perlu kepada semua ini.Selamat Menuju ke Mercu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 7, 2012

Why I Embraced Islam?


Dr. Maurice BucailleDr. Maurice Bucaille is a surgeon by profession. He is also a renowned scholar. In order to be able to read Quran in its original text and to study its meaning and purport through direct access to its early and modern commentaries, he devoted himself to the learning of Arabic language at the ripe age of fifty.
Thereafter, he made a beginning by trying to reconcile proven scientific truths with religious axioms. As a result of these studies, he wrote his famous book "QURAN, BIBLE AND SCIENCE" in 1976, which caused a furor in high academic circles - particularly in the Christian world.
After a deeper study of Islam and the Quran, he has authored another book titled, "THE ORIGIN OF MAN". It comprised Quranic explanations of some of the queries raised much earlier than the period when those queries were logically and satisfactorily resolved by scientific experimentation, to be fully in conformity with the explanations provided by Quran about 1500 years before. The Church acknowledged and accepted these researches of Dr. Bucaille to be a valuable contribution to human knowledge and the author became famous all over the world, like Cambridge, and Oxford Universities in U.K. & Yale and Harvard in USA. He was invited to give Extension Lectures in their academic institutions. By dint of his Quranic thought, and by virtue of his unprejudiced and realistic approach to Quranic thought, and by virtue of his unprejudiced and realistic discussion and research work, Dr. Bucaille has converted a number of high ranking scholars to agree with him and to subscribe to his view that the Quran is a Divine Book, not authored by any human being and actually a Book of Revelations from Almighty God to His Last Prophet, Mohammed, Peace Be Upon Him.
M. Bucaille is of the view that his findings in this behalf are a cause of consternation and chagrin to Western scholars because of their earlier exposure to false and fictitious propaganda against Islam and its Prophet (S.A.W.), by the Christian clergy and by biased Western writers and authors. This misguided class of people could not believe that Quran was the only Scripture which had remained sacrosanct and free from all additions, alterations and interpolations and consequently it still retained the purity to guide mankind in all ages, places and in every conceivable crisis.
For over 1400 years it has been the only treasure house of ecclesiastical and cosmic knowledge about the universe and life itself. Mankind has not yet to progress and proceed to a stage where it can fully be au fait with all the pearls and gems of wisdom and truth, garnered in its bosom by this miracle of literacy, excellence and academic purity which could not be matched even in one small sentence by the literary giants of yore, in spite of an open challenge to this effect.

Q: What urged you so forcefully to undertake a study of the Quran and other scriptures, and why?

A: Like all other Frenchmen, I was also initially of the view that Islam was a religion conceived and introduced by a genius and a remarkable man of great intellect, known by the name of Mohammed (S.A.W.). Fifty years ago, by the Grace of God, I became professionally qualified to practice as a surgeon, and used to discuss and compare (views on) Islam and Christianity with my patients who came to consult me (and with my co-professionals). I was told by some of them that my knowledge of Islam and about its discipline was to a great extent misconceived and mistaken. In the beginning I was inclined to doubt them, but now and then some people produced actual and original Quranic Verses in contradiction of my references, and I was compelled to revise my conclusions. And, as a result of this revision and review, I felt that they were right and I was wrong.
I found that those who had been my teachers had a wrong approach to the problem and had imparted incorrect information to me. My knowledge of Islam, until then, had been restricted to Radio and T.V. reviews, articles published in various magazines and reproduced in biased treatise books. But I was perplexed; what should I do? How should I amend my position and rectify my understanding?

Q: When did this happen?

A: After the 8th Vatican Conference but before the birth of a tolerant attitude on the part of European scholars gravitating to unbiased thought, i.e. before 1926, when the cleavage between Muslims and Christian scholars was at its zenith and there was no prospect of a direct dialogue between them.

Q: How did you react to this situation?

A: There was only one road open to me then, that of learning Arabic language so that I could study the Holy Book, Quran, in its original form and try to get at its meaning directly. I devoted the next two years to this task when I had acquired enough knowledge of Arabic (in language and literature) to be able to make a dependable study of the Quran faithfully as well as academically.

Q: And how did this benefit you?

A: I knew then that the Quran was the "Work of Allah" and had not been authored by any human being. I was also convinced that Mohammed (S.A.W.) was a true Prophet of God.

Q: The world is now celebrating the first centenary of Darwin, do you subscribe to Darwinian theory or disagree with it?

A: No Sir, I oppose it vehemently. Darwin's theory is totally based on a misconception and is not at all the outcome of such a scientific research as could prove that there exists the slightest relation between man and the theory of evolution of species as propounded by him. In fact his views are nothing but the misguided and misconceived calculations of a purely materialistic mind. My latest book (Origin of Man) contains a comprehensive "Rebuttal Article" on Darwin and his views.

Q: Are you of the opinion that Darwin was aware of his error?

A: Yes, I think he knew the error he committed. The scholars, who are fond of materialism, have propounded innumerable theories, mostly incorrect, and the fun of it is that they are aware of their fallacies. However, being materialist, they stick to their wrong attitude. In my book I have criticized some of these scholars, several of whom are Nobel Prize winners.

Q: Do you think your writings have had direct repercussion on people outside France?

A: Yes, Recently, only a few days ago, I visited Northern and Western African countries, where I was repeatedly called upon to address innumerable gatherings of educated persons including scholars, on the Origin of Man and about my first book: the Quran, Bible and Science. I was closely cross- examined about my views by some of the most qualified, even hostile, elements. Following this, countless students and scholars contacted and congratulated me. They declared that after listening to me, they had, for the first time, been able to feel convinced of the truth of the Quranic statements about the creation of universe and origin of man. Some of them frankly admitted that my writings and lectures had restored in them a firm certainty of belief and faith and converted them into True Muslims, who actually felt solace and pleasure now in saying their "prayers". They declared that the element of doubt and dilly-dalliance in faith was entirely due to the misconceived theories of some of these so-called Western scholars whose theories had been adopted as gospel truth.

Q: What is the verdict of Science on Man; and why this conflict between Science and Religion on this score?

A: In my book, "Origin of Man", I have endeavored to explain what is dubious and what is proved according to scientific findings. I have also dealt with the theories formerly supported by scholars, but now their very basis is being demolished and proved to be without sound scientific footing. In 1851, Darwin published his first book, "Origin of Species". In it he has pointed out that "All animals can procreate amongst themselves", but he did not take the trouble to demonstrate and prove scientifically his view that the "Genealogy of Man" extends up to monkey.

Q: Then who is responsible for propounding this frivolous theory?

A: The fact is that some other people metamorphosing and without statements digesting his theories, assigned wrong statements to Darwin, which comprised the assumption that "Man has evolved from apes". Nevertheless, it is also true that Darwin did not care to contradict such false notions assigned to him as it was in this connection and on this topic that confrontation occurred between the supporters of Darwin and the Clergy, where both the parties roundly abused and maligned each other. That is why it is now essential that a line of demarcation should always be drawn between the results of scientific investigations and arbitrary views of scholars like Darwin.

Q: By such scientific discourses, debates and discussions even Scriptures, are exposed to scientific test resulting in exposing their errors and pin-pointing their weaknesses. As such, may we inquire if you have some across any such anomalies in the Quran, i.e. where its expositions and explanations are in contrast to scientific findings?

A: The Scriptures of non-Muslims have been copied and passed on from generation to generation and through different personalities. The oldest document of this nature is "Jehovah", which was written some time during 9th Century A.D. This book, although not voluminous, is still the most comprehensive document of its kind. The second book (Sacrodotal), although generally treated as Preface to the Bible, came to light in 600 B.C. It deals with the creation of universe and the appearance of Man on earth and the stories narrating the events following it. The Bible comes thereafter, but the books of the "New Testament" do not throw much light on the problem of Man. They repeat the statements of the Old Testament as adopted by St. Luke. Quran made its appearance six hundred years after Jesus and furnished valuable material on Man and his creation which was (and still is) totally lacking in the Old as well as the New Testaments and other Scriptures. What is more important is this context is that unlike the Bible's Old and New Testaments, Quran is completely free from errors and interpolations.

Q: In your opinion, what are the main causes of such plentiful errors in other Scriptures?

A: The compilers of the Holy Scriptures, in their vanity, presumed to have compiled them on the basis of heavenly revelations. But all their efforts were the echoes of their period resounding the thoughts prevalent in that particular environment. They presented the conception of Man and the phenomenon of his creation as if enunciated by God Himself, though it merely reflected the traditions the rite and the perceptions well known and prevalent at that time. This fact is admitted unanimously by all the exegetes of the Bible, be they Roman Catholics or Protestants.

Q: Does the church also admit this fact and subscribe to this view?

A: Yes Sir. The church did accept this truth which was incorporated in the proceedings on the occasion of the second Vatican conference, which was held to declare the "Revolutionary Nature of Old and New Testaments". They admitted that some parts of these Bibles are defective and contradictory in purport.

Q: What are your views about the Quran in this behalf?

A: Now this is a matter of entirely a different nature. All scholars of the Quran are unanimous that the Quran is the "Word of God" as revealed to His Last Prophet Mohammed (S.A.W.) through Gabriel (The Angel of Revelation). I have studied the Book (Quran) very carefully and have not come across one single instance of scientific fallacy any where in it. On the contrary, I have felt that the (higher) truths and realities inherent in Quranic Text have been, throughout the history of 1400 years, beyond the comprehension of ordinary human beings which in itself, is positive proof that the Quran is the Word of God and it is (at places) beyond intellectual potential of mortal man; be he an excellent scholar or philosopher of the highest caliber, who is not always able to explain the inherent realities of nature as revealed in the Quran. What obviously conflicts with scientific truth is the assumption of the Bible that although life erupted in the form of various species, which have endured, there has been no evolution or improvement in their functions. On the other hand according to the Quran, Man has transgressed through gigantic changes in the course of the entire history of humanity. I felt it very necessary to inform the Christians of the world of this very serious discrepancy in the Bible. As it happen to be impartial, truthful and very outspoken in my studies, I have been repeatedly called upon from time to time to express my views regarding these matters before distinguished gatherings. On all such occasions, I have always dealt with the subject from the scientific point of view, ignoring the ecclesiastic or theological context. Whatever has appeared to be dubious or fit for further investigation, I have tried to put it on the touchstone of criticism and have not allowed to pass it unchallenged.

Q: Have you embraced Islam?

A: I wanted to make it quite clear in the very beginning that even before I learnt the first letter of Bismillah, I was convinced that God was unique and all- powerful and when God guided me to undertake a study of the Quran, my inner soul cried out that Al- Quran was the Word of God revealed to his Last Prophet Mohammed (S.A.W.).
In my book "Quran, Bible and Science," I have mentioned these facts and the book has met with instant success in the entire Christian world. In this book I have devoted myself to discuss all problems from purely academic angle, rather than that of faith or belief which would have revealed only my personal convictions. This was because I desired to be treated by the world as an academician rather than a theologian. About my faith and belief, God knows what is in one's heart. I am convinced that if I identify myself with any creed, people will invariably dub me as one belonging to such and such group and feel that whatever I say or do, I do so from only the angle of such and such creed group. I know my fellow beings very well and understand their mentality only too well. I wanted to assure them that all my pronouncements are based on scientific knowledge and not on any religious dogmas.

Q: This is O.K., but since you have referred to God's complete awareness with what is in one's heart, may we ask what is your opinion about human heart?

A: Heart is not an apparent and perceptible organ of the body. It is the abode of faith and source of eternal light.

Q: What are your views on Islamic mission and its future in the west?

A: The best method is to approach the people through in their own language. I am using the world language in its broadest sense, i.e. comprehensive of all the factors which go to make any language complete and expressive of peoples' views and beliefs. The principles and the regulations towards which you are inviting their attention, should be presented in the style with which you are familiar and which is popular among them. In my book "Quran Bible and Science", I have adopted a new style to acquaint the readers with Quranic truths and to understand the intrinsic value of al-Quran. This unprejudiced and impartial viewpoint of mine gave an impetus to the wide circulation in my books. Firstly, I tried to find out the central point of attention of the Christians and the style that appeals to their common sense. Thereafter I achieved this success. After the publication of these books I received a number of letters from great academicians and research scholars as well as commoners in which they expressed their interest in my study of Al-Quran and appreciated it. They felt satisfied with my views about the Bible and confirmed the fallacies pointed out by me. I once entertained some Christians at home, in which they expressed their astonishment over the literature I produced regarding Islam and inquired the names of exegesis to acquire correct information about it.

Q: What are your activities now?

A: We are now trying to produce a film on "Science, the Quran and the Origin of Man" as a matter of fact I have deep friendly relations with Malaysia. The provincial branch of "Dawa-Islamia" has passed a resolution to produce a film on the Quran and the director of the producing company visited Paris to prepare a plan for it. This film is to be in Technicolor. The duration of its presentation is fifty-five minutes being devoted to the Quran and the history of the facts related to it, the verses of the Quran are depicted in this film. Thus it is of great importance. Six hundred thousand dollars have been collected to produce this film. The preparation of this film has already been started. To begin with it will be produced in five languages, and then it will be extended up to ten. The first print will be in English, then Arabic and French, and thereafter in other languages. It will be circulated throughout the world.

adapted from: info@islamicbulletin.org