Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, April 1, 2012

Selesainya Satu Misi


Alhamdulillah akhirnya selesai sudah menyelesaikan misi untuk sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi. Tidak tercerita rasa kepenatan minda dan fizikal, namun atas nama dakwah dan tanggungjawab terhadap ummah maka kepenantan itu hilang. Melakukan perkara kebajikan tanpa dibayar sudah pasti menutut satu kekuatan yang tinggi dalam diri terutama saat menerima ujian dan halangan dari pelbagai sudut. Selaku Pengarah Program untuk Motivasi Pelajar dan  juga Kepimpinan Pelajar untuk AMM sudah pasti segala kelangsungan majlis banyak bergantung kepada bagaimana ia dikendalikan. Sudah dua bulan merancang akhirnya menjadi realti. Apapun bersyukur saya dalam kekangan kewangan, masalah teknikal dan pelbagai lagi masalah yang timbul semuanya dapat diatasi. Kejayaan ini tak lain kerana kerjasama, serta kerja yang tidak kenal penat dan lelah. Tidak ada ayat yang mampu saya katakan kepada semua AJK terlibat, juga sahabat-sahabat saya yang seiringi berkongsi penat lelah terutama Dr Nadzirah, Dr Wan Mazwati dan juga yang banyak berkongsi keperitan dalam mengharung cabaran ini iaitu Prof Ida Madieha. 

Apa yang penting ingin dikongsikan sepanjang tiga hari majlis berlangsung, banyak perkara yang adakala mengheret kaki untuk berhenti, saat diri rasa begitu lelah dan juga tidak terdaya ada hasutan syaitan bermain di minda. Namun saya cuba merasionalkan diri. apa yang dilakukan begitu kecil dibanding perjuangan Rasulullah dalam menyeru manusia ke jalan kebenaran. Bila ada rasa putus asa saya cuba merasionalkan diri sendiri, banyak beristhgfar, sesungguhnya tiada jalan mudah dalam perjuangan. Saya perlu menpunyai minda yang lebih terbuka, jiwa yang kental, fizikal yangk uat dan semangat yang utuh. Kerana selesai satu misi ada banyak lagi misi laing yang perlu direalisasikan. Moga Allah mempermudahkan laluan perjalanan. Ia tiada melainkan untuk mencapai redha Allah.    

No comments:

Post a Comment