Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, April 25, 2012
Hilangnya Rasa Hormat
Apabila rasa hormat itu tertanam dalam diri maka segala apa yang dilakukan oleh seseorang individu akan melahirkan satu kepercayaan yang kukuh.Individu yang dihormati ini secara tidak langsung akan dimenjadi contoh teladan. Cuba perhatikan salah satu perkara yang dicontohi remaja adalah pertandingan nyanyian.Kagum dengan pesona artis dan merasa hidup dalam glamour itu hebat,maka berlumbalah mereka untuk meniru gaya artis.
Memperkatakan tentang rasa hormat perlu diingatkan bahawa ia juga berkait dengan syaksiah,tatacara,perlakuan, percakapan,tingkahlaku akan sentiasa menggamit perhatian.Jika ada perkara yang tidak baik dilakukan,maka akan hilanglah rasa hormat.Ibarat orang yang berilmu bila dia berkongsi ilmu maka sudah pasti dia perlu mengamalkannya, jika tidak hilanglah rasa hormat tersebut.
Oleh itu bila diri dihormati atas apa jua kapasiti, maka berusahalah untuk melakukan sesuatu perkara yang baik itu pertama kali dan setiapkali.
Ingatlah orang yang berjaya diHORMATI bukan kerana KEJAYAAN tetapi KUALITI yang membawa kepada kejayaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment