Saya contohkan seorang pelajar, masa yang perlu digunakan sudah pasti keutamaannya adalah untuk belajar, namun segelintir pelajar jika dikira semula jumlah masa belajar itu maka amatlah kurang dibanding masa bermain, menonotn tv, bersembang dengan rakan, menjawab telefon dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilihat dimana masa itu dihabiskan.
Begitu juga bagi golongan pekerja, ada yang mengkualitikan masa bekerja, bahkan ada juga yang begitu mudah membiarkan masa pergi, contohnya ada banyak faedah boleh digunakan sewaktu rehat yang panjang terutama pada hari jumaat, tetapi jika kita lihat kepada fenomena yang ada, masa tersbutlah ramai pekerja menghabiskan masa unutk window shopping, bertemu dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan begitu sahaja, tidur, menonton TV dan pelbagai lagi.Pokoknya ada banyak cara untuk menghabiskan masa serta dengan cara yang pelbagai. Persoalannya adakah masa itu diluangkan di tempat yang bermanfaat atau melakukan sesuatu yang memberi keuntungan dunia dan akhirat? Jika selama ini kita membiarkan masa berlalu begitu sahaja.. maka jangan merasa pelik jika kita rasa diri tidak cukup dengan waktu yang ada dan kita sering berlari mengejar masa. Kerana kesilapan kita sendiri yang silap mengatur dan mengurus masa.
Sebenarnya untuk mengetahui bagaimana masa dikendalikan cuba lihat kepada jadual harian kita. Apakah pengisian yang dibuat dan adakah kita sering ketinggalan dan tidak sempat menyiapkan sesuatu dalam waktunya. Jika begitu maka kita memang tergolong dalam orangy ang tidak menghargai masa. Sikap ini boleh diubah. Ubah misi dan visi kehidupan maka sudah pasti jadual harian kita akan lebih tersusun, kita akan lebih menghargai waktu.
TIPS YANG MUDAH ; APABILA KITA MENJAGA SOLAT MAKA KITA AKAN DAPAT MENGURUS MASA DENGAN BAIK. HAGAI KEHIDUPAN DENGAN MENGHARGAI MASA. Wallahuaalam

No comments:
Post a Comment