Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Sunday, April 8, 2012
Menganjak Paradigma
Paradigma amat mempengaruhi segala strategi dan tindakan kita untuk menggapai kejayaan dan merealisasikan impian. Ada ramai dikalangan kita yang begitu takut untuk melakukan sesuatu perkara kerana telah terbenam lama di dalam minda serta telah tersogok dengan pemerhatian sekeliling yang mempamer kisah kegagalan.Kesannya mereka tidak mahu berganjak dari keadaan sedia ada.
Bukan mudah mengubah paradigma seseorang jika mereka ini tidak melihat visi dengan jelas serta mahu mengubah strategi. Dalam konteks kerjaya, pentingnya kita meneliti sejauh mana kita mampu meraih kejayaan dalam posisi yang sedia ada sekarang ini. Ada yang takut menukar kerjaya kerana takut dan bimbang dengan penerimaan tugasan baru walaupun tertekan dengan kerjaya sekarang, atau juga tidak berminat, kurang kemahiran tetapi kerjaya itu tetap dipegang.
Diri harus diberi peluang mencuba sesuatu yang baru, risiko terbilang harus diambil,peluang yang ada harus diraih, masa yang ada perlu dicuri.Percayalah kepada kebolehan diri sendiri kerana menganjak paradigma perlu kepada semua ini.Selamat Menuju ke Mercu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment