Setiap
individu Muslim adalah diwajibkan untuk menuntut ilmu. Ini kerana dengan adanya
ilmu maka kita akan menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah dan Rasul,
dengan memiliki ilmu kita akan dapat membezakan mana yang di suruh dan mana
yang dilarang. Sebagaimana Allah berfirman mengingatkan mereka yang berilmu:
“Wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu” (AnNisaa:59)
Dalam
konteks menuntut ilmu dan mengaplikasikan ilmu yang ada maka kita dingatkan
untuk sentiasa berdoa kepada Allah supaya ilmu itu adalah ilmu yang memberi
manfaat kepada kita dan orang lain. Rasulullah sendiri berdoa kepada Allah sebagaimana
hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku
berlindung denganMu dari ilmu yang tidak berguna, dari doa yang tidak didengar,
dari hati yang tidak khusyuk dan dari nafsu yang tidak kenyang."
Berpandukan
hadis di atas, Nabi Muhammad mendoakan empat perkara yang perlu kita jauhi.
Pertamanya, ilmu yang tidak memberi manfaat atau tidak berguna. Maksud ilmu
yang tidak berguna ialah ilmu yang tidak membawa manfaat kepada si pemilik ilmu
dan kepada orang lain. Ilmu sebegini biasanya membawa kemudaratan dan
kemusnahan serta kacau bilau kepada umat manusia. Selain itu kita juga perlu
memohon sepenuh harapan agar doa kita selalu didengari, dimakbulkan dan hati
kita selalu khusyuk mengingati Allah. Perkara yang terakhir adalah dari nafsu
yang sentiasa tamak dan tidak pernah mencukupi dengan apa yang dimiliki.
Dalam
hadis yang lain juga Rasulullah berpesan, agar manusia itu ikhlas dalam
menuntut ilmu. Ini kerana seseorang yang menuntut ilmu hanya kerana ingin
disanjung atau hanya untuk dilihat alim, menyanggahi ulama, menyemai perbahasan
yang tak berfaedah, maka dia menempah tempatnya di neraka. Ini disebut
dalam satu hadis yang lain bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang
tiada menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukanya dalam menghadapi
manusia" (Riwayat AlBaihaqi)
Kita
perhatikan sekarang ini betapa ramai orang yang aqidahnya terpesong gara-gara
mendapatkan ilmu dari sumber yang salah, dan ilmu itu pula dipraktikkan tanpa
disedari kesilapan itu, maka sia-sialah segala amalan. Berdasarkan keterangan di
atas, ciri-ciri orang yang beramal dengan ilmu adalah yang sering berwaspada
dengan ilmu yang dimiliki serta berwaspada denganapa yang dilakukan. Selain itu
mereka juga akan memastikam ilmu yang diperoleh itu adalah dari sumber yang
jelas.
Ilmu
memerlukan maklumat yang benar yang membawa makna kepada pemilikNya. Kerana
itulah kita juga perlu sentiasa belajar dan mendapatkan ilmu sebanyak mungkin
dari orang yang betul-betul berilmu dan bukannya menyamar atau mempergunakan
ilmu untuk kepentingan peribadi. Rasullulah saw berpesan supaya berkenaan niat
dan tujuan mencari serta menuntut ilum ini dalam satu hadis yang diriwayatkan
oleh Bukhari yang bermaksud:
"Barangsiapa
yang menuntut ilmu kerana empat perkara, maka masuklah dia ke dalam neraka:
sesiapa yang menuntutnya untuk berbahas (berdebat) dengan orang yang berilmu,
dan untuk memperlekehkan orang bodoh, dan supaya manusia memandang mulia
kepadanya, dan untuk mendapatkan harta dengan ilmu tersebut." (Riwayat
Bukhari)
No comments:
Post a Comment