Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 5, 2012

Sayangi Anak-anak Kita

Photo: Tulip petals

Salam Jumaat, 

Hari ini, aAda banyak kisah yang berlaku kepada kanak-kanak seperti penderaan, kes rogol dan juga pelbagai lagi kekejaman yang dilakukan kepada anak-anak terpapar di media. Anak-anak ada masa tidak dapat bercerita atau berkongsi dengan kita ibu bapa, namun ada masanya mereka ingin bercerita kita pula menafikan. 

Anak-anak ibarat kain putih, mereka tidak pandai untuk berbohong...oleh itu bila anak-anak ingin bercerita sesautu ambil masa untuk mendengar, ambil masa untuk cuba memahami, ambil masa untuk menghayati dan memberi mereka kasih sayang. Adakala kita mat sibuk dengan pelbagai aktiviti hingga ada banyak perkara kita terlepas pandang. 

Segekintir masalah berlaku adakala kerana kesilapan kita ibu bapa. Namun semua itu boleh kita betulkan, mulai sekarang,. menjadi ibubapa memang banyak cabaran, namun ia mudah jika kita sanggup menerima kesilapan dan belajar dairnya. 

Wallahuaalam.

Photo: Boy looking out a bus window

No comments:

Post a Comment