Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Saturday, April 7, 2012
Mengubah sikap
Saat melihat kerenah-kerenah manusia disekeliling kita, maka banyak darinya boleh kita simpulkan berlaku disebabkan sikap nagatif yang dimiliki oleh individu tersebut. Ramai juga yang mempunyai inisiatif untuk cuba mengubah sikap negatif tersebut. Ada yang dengan cara nasihat, kata motivasi, peringatan dan pelbagai cara atau approach yang digunakan untuk membantu individu terlibat. Apapun ada ketikanya usaha itu seperti mencurahkan air di daun keladi. kenapa saya berkata demikian? Ini kerana setiap apa yang kita beri baik dalam bentuk nasihat, pesanan atau peringatan akan berhasil sekiranya inidividu itu ingin berubah. Jika mereka itdak mahu berubah maka usaha tersebut mungkin gagal atau lambat untuk mencapai kejayaan.
Namun kita tidak boleh berputus asa. Dalam masa yang sama kita juga perlu meneliti sikap kita sendiri. Saya mengingatkan diri sendiri juga, kadang-kadang kita melihat watak dan perlakuan orang lain tidak betul dimata kita, padahal mungkin ada juga perlakuan kita yang tidak betul pada kacamata orang lain, oleh itu ada kewajarannya untuk kita melihat dan menerima pandangan dari orang-orang sekeliling kita. Saat menerima teguran atau kritikan mungkin kita merasa terluka, tetapi jika kita posotif, maka kita boleh menerima teguran itu dengan baik dan memperbaiki sikap kita menjadi lebih baik. Moga tips di atas dapat membantu kita membentuk sikap dan perilaku yang baik.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment