Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, April 3, 2012

Tawakkal: Dimana Tahap kita?

 photo: Lupine bloom on top of California's Point Reyes beach landscape

Salam Ukuhwaah...
Seringkali bila kita diberi khidmat nasihat apabila ditimpa ujian dan musibah sudah pasti perkara yang akan disebut adalah bertawakkal... Rata-rata sudah mengetahui maksud tawakkal adalah berserah diri kepada Allah selepas kita berusaha dan berikhtiar sehabis-habismya dan berdoa kepadaNya. Langkah terakhir adalah kita berserah kepada Allah.

Saya ingin mengajak pembaca merenung kembali bahawa konsep tawakkal itu bukan hanya ketika atau saat kita dalam keadaan bermasalah. tetapi tawakkal juga menjurus kepada perjalanan kehidupan sehari-hari yang perlu kita terapkan sifat tawakkal ini. Tawakkal amat berkait dengan keimanan dan keyakinan kita kepada Allah S.W.T. Saya pernah terdengar seorang hamba Allah mengatakan jika duit dalam dompetnya hanya ada RM100- RM200..dirinya akan rasa tidak tenang dan risau. Begitu juga bila saving yang ada di dalam bank sudah surut.. maka dia mula bimbang jika apa-apa berkaku kepada keluarganya apakah akan terjadi jika sesuatu menimpa.. Ini sama sahaja dengan ayat2 yang sering dituturkan oleh orang yang menjual insurans nyawa dan lain-lain bentuk insurance.Saya setuju peptatah mengatakan : sediakan payung sebelum hujan...

Photo: Clouds surround a mountain on a path to Everest Base Camp.

Persoalan saya, sejauh manakah sifat kebergantungan kita kepada Allah? Jika kita risau duit kita berkurangan maka adakah keberganutngan kita kepada Allah itu amat kurang? Ia seperti duitlah penyelesaian segala. Saya percaya mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, tetapi adakala kerana sifat tidak yakin sepenuh hati atau kurangnya tawakkal kepada Allah maka ramai yang tidak mahu bersedekah kepada orang yang memerlukan kerana kita tidak mempunyai sejumlah duit yang banyak, yang ada sekadar untuk diri sendiri atau keluarga

Betul pepatah mengatakan "buat baik berpada-pada". Jika menggunakan pepatah ini sudah pasti kita tidak mampu menjadi sehebat Saidina Ali... pemurahnya beliau hingga sanggup memberikan segalanya kepada orang yang memerlukan. Disaat dirinya dan Saidatina Fatimah r.a juga kelaparan, tetapi beliau sanggup mendahulukan. Jika diukur keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah sudah pasti jauh beza dengan diri kita.

Membaca kisah para sahabat sudah pasti ia menitiskan airmata dan membuatkan diri rasa begitu kerdil. Namun sejarah yang terlakar itu membolehkan kita melakukan muhasabah kepada diri dan meningkatkan keimanan dan tawakkal kepada Allah ditahap yang lebih tinggi... Ingatlah Allah itu mempunyai sifat mustahilNya. Jika kita hayati semua ini  ia amat berkait dengan tawakkal itu sendiri. 
Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq:“Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.(Dipetik dari article Halaqian).Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

photo: Mother hummingbird feeding her baby.

Moga kita menyedari betapa banyak hal-hal dalam kehidupan kita boleh kita nilai dan perhatikan betapa yang dikatakan kita bertawakkal itu sebenarnya belum lagi kita bertawakkal..ia sekadar menyebut, tetapi hati penuh kebimbangan dengan segala ketentuan dari Allah. Adakala kita perlu menjadi burung yang keluar mencari makan dan pulang petang... bukan sibuk mengumpul harta seolah kita akan hidup selamanya.. duit ringgit bukan penyelesai segala, bukan ubat penenang jiwa... tapi taqwa itulah ubat yang mujarab untuk jiwa yang resah.

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment