Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, April 23, 2012

Pahit Manis Menjadi Pendidik


Setiap kali kelas saya seronok berkongsi segala macam kisah kehidupan bersama pelajar. Hubungan dua hala amat menyeronokkan kerana ia bukan hanya pengalamn sendiri tetapi perkongsian pengalaman dari pelajar yang pelbagai bangsa. latar belakang dan usia. Lebih ceria kelas kerana adanya gurauan spontan, usikan dan juga kata-kata yang mencuit hati dari pelajar-pelajar. 

Namun adakalanya tidak mudah menangani mereka, terutama jika ada segelintir merasa diri lebih bagus dari pensyarah mereka, ada yang merasa lebih berpengalaman kerana mereka makan garam terlebih dahulu, ada juga yang begitu berbangga dengan jawatan yang disandang. Pernah diri seketika tidak mahu lagi meneruskan perjuangan kerana percaya ada medan lain yang lebih baik dan rasa diri lebih dihargai... Tetapi kerana minat serta keseronakan disebalik segalal kepahitan maka perjuangan tetap diteruskan. Itulah asam garam menjadi pendidik, ada manis ada pahit. Biar apapun peristiwa yang berlalu dalam kehidupan ia menambahkan kematangan. Pengalaman yang diperoleh semakin berguna untuk peningakatan diri ke satu tahap baru. 


Realitinya, berada dalam kancah ilmu, setiap kali menemukan sesautu yang baru terasa diri ini sungguh kerdil. Terasa diri ini masih banyak yang tidak tahu, masih banyak yang perlu digali dan dicungkil... oleh itu wahai pelajar-pelajarku... belajarlah resmi padi.. semakin berisi semakin tunduk.. kalian adalah insprasi untuk diriku masih di sini... silih berganti kalian datang dan pergi... moga destinasi kejayaan tidak berhenti setakat ini buat kalian... ingat pepatah Arab..."mencari ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"... Selamat berjuang mempraktikkan apa yang telah dipelajari demi memanfaatkan ilmu..

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment