Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, April 17, 2012

Hakikat Sebuah Perkahwinan


Hakikat Sebuah perkahwinan
Tidak perlu pelamin persandingan
Tidak perlu kenduri besar besaran
Tidak perlu dinobat di hotel lima bintang
Tidak perlu hantaran berdulang dulang
Tidak perlu pakaian bergemerlapan
Tidak perlu disarung intan berlian
Tidak perlu hiruk pikuk gema nyanyian
Tidak perlu budaya kebaratan
Tidak perlu kad jemputan menunjuk kehebatan
Tidak perlu ditepung tawar direnjis wangian
Tidak perlu dijaja kecantikan pasangan
Tidak perlu ditonjol segala kemewahan

Hakikat sebuah perkahwinan
Sewaktu bahtera dilambung ombak rintangan
Sewaktu nakhoda diuji tsunami cabaran
Saat anak kapal dilanda ribut halangan
Tidak goyah bahtera itu
tidak rapuh hati dan perasaan
Tidak goyah rasa kecintaan
Tetap teguh ia berdiri
terpasak hakikat itu
Kerana agama yang ada padanya
Bukan harta atau paras rupa
Cintaannya subur dengan keikhlasan
Kasihnya bersemarak ketaqwaan
Sayangnya menyerlahkan keyakinan

Hakikat sebuah perkahwinan
Diijab kabul atas nama tuhan
Berwalikan insan yang beriman
Berdiri diatas teras kesetiaan
Bertaut jiwa atas paksi kasih sayang
Bersambung ukhuwah atas dasar islam
Berbekal taqwa dan keyakinan

Hakikat sebuah perkahwinan
Perlu dijalin utuh dengan kepercayaan
Dibangun bertiangkan iman
Dijaga bersama ibadat
Maka mengertilah
hakikat sebuah perkahwinan
Bukan mainan kedustaan
Bukan jua satu percubaan
Bukan ada kalah menang
Bukan medan satu pertarungan
Bukan percaturan perjudian
Kerana hakikat sebuah perkahwinan
DariNya dan keranaNya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment