Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 5, 2012

MENJANA IDEA MENULIS



Menjadi penulis dilihat sebagai seronok dan mudah, namun sebenarnya ia ada cabaran tersendiri. Salah satu cabaran adalah disiplin masa dan yang paling penting juga adalah bagaimana menjana idea unutk menulis. memang ada masa kita akan berhadapan dengan kekeringan idea dan kebuntuan fikiran. Adakalanya idea sudah ada tetapi jari jemari terasa kaku untuk menari. Maka berlakulah satu renungan yang panjang menghadap PC. Jika berhadapan dengan permasalahan ini pertamanya saya akan:

  1. memohon doa kepada Allah agar diberi hidayah, 
  2. melakukan isthgfar atas segala dosa
  3. membaca Al Quran
  4. memerhatikan alam untuk mencari ketenangan
  5. membaca buku ilmiah
  6. menanam azam dan mencari titik fokus dalam satu-satu penulisan
  7. luangkan masa bersama keluarga
  8. rehatkan diri kerana jika badan kepenatan minda juga akan penat
Tips ini juga boleh digunakan dalam menyelesaikan misi untuk menyiapkan assignment. Selamat mencuba.
Wallahuaalam.


No comments:

Post a Comment