Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, April 4, 2012

Kemarau Hati


Memahami bahawa iman boleh bertambah dan berkurang maka saat hati kemarau kepada titis keimanan,sirami ia dengan taubat, hujani hati dengan ibadat,titiskan embun keyakinan agar hati kembali hidup.
Kita punya kuasa memilih.Kemaraunya hati kerana kita memilih melakukan dosa,kita leka dengan hiburan dunia, kita alpa dengan kemewahan harta benda.
Mari kita sama-sama menyuburkan hati dengan istghfar,mengingati mati.Hadis berpesan! Amalan yang baik adalah amalan yang berterusan sekalipun sedikit. Untuk mengelakkan kemarau hati letakkan dunia di tangan kita, manakala akhirat di hati kita.

wallaahualam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment