Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 5, 2012

Bagaimana Berfikiran Positif Setiap Hari

Sikap POSITIF amat penting bagi memastikan setiap hari kita ceria dan bahagia. Antara tips yang boleh digunapakai adalah:

1. Jangan Banyak Komen, Jangan Banyak Komplen, Jangan Banyak Mengomel
2. Kurangkan bercakap Banyakkan Berdiam. .
3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
4. Hormati dan menghormati (Dalam ertikata lain, Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua Orang, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.
5. Perhatikan Sikap Buruk dan Nilai Negatif Yang Kita Milik, Muhasabah dan Bertekadlah untuk Mengubahnya.

photo: Cherry blossom spring blue skyWallahuaalam
Dipetik dari buku yang bakal terbit:

SAKINAH SALLEH 
MEMAHAMI PERSOALAN KERJAYA TIPS MENINGKATKAN PRESTASI KERJAYA

No comments:

Post a Comment