Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, April 27, 2012

Iktibar dari Musibah Penyakit



Sudah dua hari diserang demam yang tak juga kebah, diri rasa begitu lemah tetapi perlu mengagahkan diri kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum tiba saat untuk berangkat. Apabila badabn tidak sihat maka minda juga lemah. Namun perlu kuatkan minda unutk mengatasi kelemahan fizikal. Peluang hari ini saya cuba mengagahkan diri menulis dan berkongsi tentang hubungan antara kesakitan fizikal dan kesakitan minda.  
Sebagai pesakit, realtinya kita sedang berada di bawah pengawasan ketat Allah (s.w.t). Setiap gerak laku baik kita akan dinilai dan digandakan pahalanya berlipat kali ganda berbanding ketika ketika sihat. Oleh itu jagalah adab sebagai pesakit dan sedarlah dengan pemerhatian Allah yang lebih teliti. (perumpamaan untuk manusia supaya mudah difahami. Sifat Allah sebenarnya tidak boleh dibandingkan). Maka apabila ditimpa musibah penyakit setiap mukmin perlu bersangka baik kepada Allah. Semua perkara dan peristiwa yang Allah datangkan kepada kita adalah baik belaka dan demi untuk kebaikan kita sendiri walaupun pada pandangan zahirnya nampak seperti malapetaka dan beban yang amat besar. 
Segelintir tertanya-tanya mengapa manusia sakit? Bagi individu yang mempunyai keimanan yang kuat, penyakit dilihat sebagai satu perkara yang positif yang didatangkan oleh Allah sebagai satu rahmat bukannya hukuman. Manusia sakit dan berpenyakit kerana Allah mahu menguji tahap keimanan mereka. Allah telah membukakan hijab pandangan mereka suoaya mereka nampak perkara-perkara yang tersirat yang baik di sebalik penyakit yang mendatang. Ujian bagi manusia yang datang dalam bentuk penyakit bertujuan untuk menilai tahap keimanan dan keyakinan seseorang kepada Penciptanya. Allah berfirman:Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh-penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam d ada dan petunjuk dan rahmat bagi orang-orangnya yang beriman” (QS:Yunus 57). 

wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment