Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, April 10, 2012

Sekadar Renungan Buat Diri

Doa Abu Bakar As-Sidddique: Ya Allah jadikanlah aku lebih baik dari sangkaan manusia kepadaku"
Saat kita melakukan sesuatu perkara yang dirasakan baik dan bermanfaat untuk diri dan orang lain, belum tentu orang lain juga berfikiran sebegitu. Semasa kita mengambil sesuatu tindakan yang dirasakan memberi kebaikan kepada semua, belum tentu orang lain melihat kepada perspektif yang sama dengan kita.
Ketika kita bersuara memberikan penjelasan bahawa kita amat tulus ikhlas serta tiada agenda kepentingan dalam apa jua keputusan, namun kita dilihat sebaliknya pada kacamata orang lain.
Berada dalam situasi sebegini sudah pasti ia meruntun kekecewaan kepada diri. Apalagi minda dan perasaan mengatakan kita tidak bersalah,kita tidak sebagaimana sangkaa. Soalnya bagaimana membuktikan diri tidak bersalah, bagaimana menjelaskan kepada orang lain bahawa kita sebenarnya hanya mahu memberikan kebaikan dan cuba menyelesaikan permaslahan.
Wahai diri kita tidak perlu kepada persoalan mengapa,kita juga tidak perlu ttertekan untuk bertanya BAGAIMANA lagi? Situasi yang menghimpit diri sebegini sekadar memberi kita arah serta ingin membawa kita untuk kembali semula kepada Allah, keadaan ini mengajak kita untuk BERSERAH KEPADANYA. Dia yang Maha Mengetahui APA yang telah berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku. Oleh itu serahlah sepenuh jiwa raga kepadanya.Janganlah mengharapkan pertolongan manusia untuk memurnikan keadaan.
Tugas kita pula apa? Jangan sentiasa merasa diri sentiasa betul, kerana kita juga banyak kekhilafan.Maka mohonlah ampun kepadaNya,pintalah hidayah DariNya. Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberi hidayah dan pertolongan.
Bacalah doa Nabi Nuh saat ini supaya diri sedar akan kesilapan sendiri dan diberi ampunan.
Renungkan kisah Nabi Yusuf agar diri tidak gusar dengan tomahan.
Ingatkan kisah Aisah dan Nabi Muhammad moga diri terhindar dari ujian fitnah.

Ujian dan rintangan sekadar untuk melihat Hebat mana diri? Sabarkah kita?Pasrahkah diri?
Sesungguhnya semua itu ada hikmah yang tersirat.
Wallahuaalam


Fakta:Gelaran utk Aishah adal bintu ssidique iaitu 2 kebaikan. Abu bakar ada 47 org hamba,apabila mereka memeluk Islam mereka dibebaskan. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment