Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Thursday, April 12, 2012
Apabila Tsunami Menyampaikan Petanda
"Sebahagian penduduk Aceh tidak mempercayai apa yang berlaku.
“Apa dosa kami sehingga kami ditimpa bencana seperti ini?” tanya Aisyah Husaini, 47, sambil menangis.
Ibu bapa dan seorang anaknya terbunuh apabila tsunami melanda wilayah itu pada 2004.
“Saya takut. Saya tak mahu kehilangan keluarga lagi,” katanya sambil memegang erat dua anaknya di Masjid Baiturrahman, tempat di mana ratusan penduduk berlindung. "
Hati saya tersentuh airmata berjatuhan dek simpati dengan nasib yang menimpa. Sudah pasti tiasa jawapan yang boleh diungkap. Hanya Allah yang tahu kenapa mereka menjadi insan terpilih untuk menerima ujian sebgitu. Allah ternyata menyanyangi mereka kerana memberikan tusnami sebagai amaran dan peringatan . Agar manusia tidak lupa dan lalai. Agar manusia berharpa dan bermohon keselamtan dan perlindugan dariNya.
Dalam keadaan getir, panik, cemas sudah pastilah Allah yang mampu menolong. Peristiwa Tsunami yang melanda Aceh serta lain-lain negara mengingatkan kita kepada kisah Nabi Nuh, mengingatkan kita kisah kaum Nabi Lut. Moga semua ini menginsafkan dan mendekatkan kita kepada Allah,semoga peringatan ini menyedarkan hati agar sentiasa dekat kepadaNya. Moga mereka yang diuji tabah menerima dugaan dan ketentuan.
No comments:
Post a Comment