Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, April 14, 2012

Toleransi dan Persefahaman dalam Rumahtangga

Sehari dua ini saya menerima keluh kesah dari pasangan yang mengadu penat bekerja dalam masa yang sama perlu memberi perhatian kepada suami dan anak-anak. Bahkan ada juga yang lebih malang apabila masa diperuntukkan unutk anak-anak terutama apabila mereka menghadapi peperiksaan (kerana suami menyerah bulat-bulat hal-hal rumahtangga dan anak-anak bulat-bulat kepada isteri dengan alasan suami sibuk dengan urusan bisnes) si suami pula beralasan ingin kahwin lagi gara-gara inginkan belaian isteri. Malang bagi wanita dalam keadaan sibuk bekerja, mengurus rumahtangga terpaksa pula berdepan dengan kerenah suami yangi ingin mencari pengganti. 
Ada juga yang mengadu suami mengugut untuk kahwin lain kerana tidak betah tinggal di rumah, apalagi merasa layanan isteri sekarang sudah tidak terbaik seperti dulu, walhal isteri terpaksa melakukan dua kerja iaitu kerja hakiki, kerja partime, kemudian terpaksa mengurus anak-anak dari A-Z, iaitu dari makan pakai, menghantar ke sekolah, malamnyap ula ke tuisyen. Jika tidak ada pula pembantu rumah, mereka seperti lipas kudung melakukan semua benda dan mengejar masa. 
Akhirnya masa yang ada di saat semua sudah beristirehat dan pada masa itu si isteri sudah teramat penat dan lena dalam kepenatan. Maka si suami merasa seperti terpinggir, maka bila keadaan terjadi sebegini si suami merasa inilah peluang terbaik menambah pasangan, lebih-lebih lagi jika si suami merasa berkemampuan untuk memberi nafkah. Persoalannya, adilkah unutk si isteri? Sudah pasti ramai para isteri yang bernasib sebegini akan merasa suami berlaku tidak adil kepada mereka. Sudahlah terpaksa bekerja sama seperti wanita yang lain, mengurus keluarga walhal mereka tidka perlu melakukan semua ini. 
Sungguh simpati apabila ramai wanita berada dalam dilemma bila berhadapan keadaan sebegini. Ada yang memilih menumpukan  perhatian kepada keluarga sepenuh masa lalu berhenti kerja maka adap ula persoalan lain timbul, suami cari perempuan lain, tidak memberi nafkah, tidak dapat memberi duit ringgit pada ibu bapa sendiri, bahkan banyak masalah timbul termasuk soal masalah kewangan keluarga bila hanya seorang sahaja yang mencari nafkah menyara keluarga sementelah ekonomi sekarang amat tidak stabil.
Mendengar permasalah sebegini sudah pasti tiada jalan penyelesaian melainkan suami isteri boleh duduk berbincang. Pasangan perlu ada toleransi. Suami isteri boleh menyusun jadual kerja yang sama supaya tidak berlaku perkara yang akan menajauhkan hubungan suam isteri. Plaing penting kesedaran tanggungjawab dan kefahaman antara pasangan akan dapat membantu dan mengelakkan tercetus kontroversi dalam rumahtangga.
Memberi contoh diri saya sendiri, kredit perlu saya beri kepada suami. Apabila saya membuat keputusan belajar sambil bekerja sudah pasti saya memerlukan sokongan yang kuat dari suami. Empat tahun yang lalu apabila pembantu berhenti kerja menambahkan lagi kesukaran kami kerana waktu yang sama juga suami juga sambung belajar. Namun atas dasar kefahaman kepada tanggungjawab, beliau banyak membantu mengurus anak-anak, jika saya memasak dia akan menolong membasuh pinggan. Jika ruma bersepah saya mengemas dia pula membantu menyapu dan vakum, jika saya tergesa-gesa perlu keluar ke ofis di waktu pagi, maka dialah yang mengambil alih menjemur pakaian, melipat baju. Paling kritikal sewaktu saya perlu menamatkan pelajaran, tesis perlu dihantar, hampir 80% urusan anak-anak suamilah yang memikul tugas tersebut.Padti ada yang berkata mungkin tidak suami yang suami sebegini telah dikonntrol oleh isteri. bernahkah begitu? 
Sekarang giliran beliau pula perlu menamatkan pelajaran maka saya banyak mengambil alih tugas-tugas tersebut. Namun beliau tetap mengambil masa terluang unutk membantu mana yang patut. Memang diakui ada perkara yang dia tidak suka lakukan, dan ia perlu saya buat dari A-Z tetapi saya amat bersyukur setidaknya ada hal-hal tertentu beliau akan membantu. Kefahaman antara kami ini sememangnya amat penting jika tidak sudah pasti akan sering berlakunya pertelingkahan. Ujian dan cabaran iotu sudah pasti silih berganti,tetapi cara yang paling mudah bagi kami adalah banyak mengadu kepada Allah. 
Amalan yang penting jika ingin mengelakkan pertelingkahan dalam keluarga adalah solat jemaah bersama. Pupuk dan budayakan solat jemaah dalam keluarga. Tidak salah jika suami tidak mahu tetapi isteri yang memulakan. Ajaklah anak yang kecil unutk menjadi makmun isteri menjadi imam, lama-lama si suami akan mengikut. sama juga jika penat mengendalikan rumahtangg, kerja, menelaah pelajaran, cubalah untuk mengamalkan zikir (rujuk kisah Fatimah Az-Zahra), sudah pasti kepenatan itu hilang. Selain itu biar sibuk bagaimanapun luanglah masa bersama keluarga, perlu ada masa kita keluar bersama suami sekadar bersembang-sembang hal-hal pelbaagi. Tujuannya untuk memupuk kemesraan. 
Memang adakala kita kesibukan mengar wang ringgit dan kekayaan hingga kita terlupa dan membiarkan hubungan dan komunikasi antara kita dan pasangaan menjadi renggang. Tidak dinafikan juga saat kepenatan, kita tidak mampu memberi layan terbaik kepada pasangan, maka disinilah letaknya toleransi. Disinilah buktinya kasih sayang yang sebelum ini diungkap kepada pasangan kita untuk menerima seadanya. 
Selaklah kembali tinta sejarah, agar kita memahami sunnah itu bukan sekadar mengamal poligami tetapi melaksana segala tugas dan tanggungjawab sebagai pelindung rumahtangga. Ingat, keluarga bukan semata-mata untuk diberi suapan nasi atau kemewahan, tetapi mereka juga menuntut kasih sayang dari kita suami isteri. Membina itu bukan mudahm meruntuhkannya hanya sekelip mata. Belum terlambat untuk kita melihat ke belakang, menyoroti masa lalu agar ia menyegarkan kembali kasih sayang yang kian pudar.
Wallahuaalam. 

1 comment:

  1. Sy tertarik dgn coretan puan. Sememamgnya sy juga merupaka seorang isteri dan ibu yg paling bertuah krn memiliki seorang suami yg amat memahami & ringgan tulang utk membantu sy dlm hal rmahtangga serta mengguruskan anak2. Tdk malu sy katakan hampir 60% urusan rmhtangga dipikul suami krn dia memahami kerjaya sy dlm bidang offshore yg sibuk. Sy bersyukur krn dikurniakan anak sulung Ezzaty, yg juga rajin membantu kami.Andaikata toleransi & sifat saling memahami wujud,dan sentiasa ingat pada Allah yg satu, InsyaAllah rmhtangga yg dibina, kekal abadi

    ReplyDelete