Salam Ukuhuwwah...
Hari Jumaat yang lepas saya sibuk dengan program di sekolah lama, hampir empat hari saya tidak mendengar berita atau membaca akhbar dek kerana kesibukan mengendalikan pelbagai program untuk adik-adik pelajar Maahad Muhammadi sempena Jubli Intan sekolah tersebut. Bila kembali semula ke Kuala Lumpur maka barulah saya sempat meneliti dan membaca berita-berita yang telah saya ketinggalan.
Salah satu yang ingin saya kongsikan adalah berita kematian Putera Asharam ankanda Sultan Perak. Saat melihat wajahnya yang seakan dalam tidur begitu indah rasanya, seperti kematian itu sebagaimana janji Allah menjadi tempat istirehat yang panjang dan indah buat semua makhluk. Membaca pelbagai komen, ternyata si Putera begitu zuhud dengan kehidupan dunia. Semua ini amat menginsafkan diri, begitu terasa kerdilnya diri dihadapan Tuhan.
Mendengar setiap cerita kematian mengingatkan kepada kematian diri sendiri. Terasa amalan yang dibuat sudahkah mencukupi? Adakah ia diterima Allah atau sebenarnya masih belum sempurna? Bahkan mungkin ada amalan solat terutamanya masih belum mencapai tahap kyusyuk. Itu belum dikira doasa-dosa yang dilakukan baik secara sedar atau tidak...
Sungguh terasa kematian itu semakin hampir dengan diri, bagaimanakah penyudah kematian kita? Melihat kepada kematian orang lain yang pelbagai keadaanya, maka dihati terselit doa .. "Ya Allah permudahkan kematian kami, berilah kami mentup kehidupan dengan HusnulKhatimah." Bukan itu sahaja yang terdetik pada diri bahkan sentiasa ada rasa bimbang kerana kita insan mudah terleka... saat kita yakin berada dilandasan yang betul maka mohonlah kepada Allah agar Dia tidak menterbalikkan hati kita dan semoga kita sentiasa berada pada jalan yang benar dan diredhai...
Alangkah kematian, manusai sebenarnya tidak mengetahui ajalnya..kerana itu rasa bimbang dan takut mati itu perlu ada dalam diri. Setidaknya ia menginsafkan kita untuk melihat ke dalam diri.. sejauh mana perjalanan yang telah kita lalui... bagaimana kita manfatakan kehidupan yang diberi dan bagaimana melakar sesuatu yang lebih baik dari sebelummnya. MasyaAllah ..Maha Besar kuasa Allah yang menjadikan kita... Alhamdulillah sykur juga kepada Yang Esa kerana melahirkan kita dalam Islam...
Menyedari hakikat ini maka diri merasa bertuah, namun harapan yang lebih besar agar diri kita ini tergolong dalam golongan yang dinyatakan Allah saat Dia menyeru hambanya .... "Wahai jiwa yang tenang,Kembalilah Kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya,Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
Ameen Ya Allah, moga kami tergolomg dalam para solihin...
No comments:
Post a Comment