Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Thursday, April 19, 2012
MEMBACA DAN MENGAMALKAN AL QURAN
Salam Jumaat,
Semoga kedatangan Jumaat kali ini menjadikan kita sebagai Muslim yang lebih baik dari hari semalam. Hari ini ingin saya berkongsi tentang kebaikan dan amalan membaca Al-Quran. Kebiasaannya setiap kali datangnya hari Jumaat kita sering dibiasakan dengan membaca Surah Yassin, Surah As-Sajdah selain dari surah Al-Kahfi. Walaupun begitu perlu saya tekankan, membaca Al-Quran itu perlu menjadi amalan harian, jangan memberi alasan sibuk kerana kesempatan itu perlu kita ambil walau dimana kita berada. Cara yang mudah kita sediakana Al-Quran satu di ofis, satu di dalam kereta dan juga sudah pasti di rumah kita mungkin ada beberapa naskah Al-Quran. Ini kerana bila ada waktu terluang kita dapat membaca dengan mudah, tetapi jika Al-Quran sudah di dalam dada alangkah bagusnya kita.
Selain itu, didiklah anak-anak untuk mereka mempunyai Al-Quran sendiri yang juga mudah bagi mereka untuk membacanya. Jangan anak-anak hanya dibekalkan play-station, video games dll yang bersifat hiburan. Ajar anak kita juga sebagaimana cara kita. Saya amat menyarankan agar setiap dari kita termasuk ahli keluarga mempunyai Al-Quran yang mempunyai tafsir, ini kerana apabila membaca kita inignkan penghayatan. Maka dengan memahami makna kita akan lebih menghayati isi kandungan Al-Quran tersebut.
Jika dalam hidup kita kita sering bertarget dan bermatlamat, contoh orang bisnes akan meletakkan sasaran jumlah jualan atau pulangan, bagi yang bekerja makan gaji meletakkan sasar untuk kenaikan pangkat dan sebagaimya, maka begitu juga dalam hal membca Al-Quran. Letakkah sasaran bila kita akan khatam, sama ada sebulan, tiga bulan. Janganlah sampai dalam setahun kita tidak dapat menghabiskan bacaan Al-Quran alasan kerana ita tidak tahu membaca Al Quran kerana kita boleh meletakkan sasaran untuk belajar Al-Quran. Jika hati kuat keinginan maka tempoh belajar membaca itu tidak lama. Bahkan ia sering kita praktiskan di dalam solat.
Seringkali kesilapan yang dilakukan segelintir kita, adalah menjadikan Al-Quran sebagai azimat. Al_Quran bukan memberi perlindungan, kerana Allah yang memberi kita perlindungan. ramai yang menggantuungkan Al Quran di rumah, premis perniagaan dengan sebab ingin melariskan perniagaan serta memberi perlindungan. Ingat memohon perlindungan kepada Allah, membaca Al_Quran itu sebagai amalan. Oleh itu betulan niat kita jika sebelum ini kita tersilap. Kita perlu mengamalkan Al-Quran bukan setakat membaca. Bila mengamalkan ajaran Al-Quran maka itu secara tidak langsung kita menjaga diri kita dari perkara yang tidak baik serta melakuan amalan kebaikan sebagaimana saranan Al-Quran.
Semoga kita sentiasa kita cinta kepada ayat-ayat Allah, menjadikan Al-Quran sebagai pendamping dan pengubat hati dan jiwa yang resah. Dengan mengamal,membacanya sentiasa, InsyaAlah moga kita akan mendapat peneman yang meberi cahaya kepada kita di Alam Barzah nanti.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment