Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 12, 2012

Man Jadda Wajada : Banker To The Poor


Salam Jumaat,
Saya pernah melihat dokumentari tentang bagaimana hebatnya seorang Muslim yang diberi hidayah Allah datang dengan idea yang bernas dan praktikal untuk membantu saudara yang semuslim dengannya. Siapa tidak kenal Muhammad Yunus (nama ni sama dengan nama bapa mertua saya) yang berperanan memperkenalkan sistem pinjaman yang amat sistematik dan tidak menekan peminjammnya. Bahkan konsep tolong menolong yang diajar dan disaran dalam Islam itu dipraktikkan dengan jayanya. Inilah yang dilasanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia.
Saya bukan ingin membincangkan tentang konsep pinjaman kewangan atau bagaimana ia harus dilaksananakan, isu yang ingin saya sentuh adalah konsep yang sedia ada dalam Islam seperti zakat/sedekah yang boleh membantu golongan miskin. Menjadi miskin itu bukanlah hina jika kita sudah berusaha tapi rezeki tidak berpihak kepada kita. Apapun golongan miskin yang mendapat habuan dari zakat/sedekah perlu kreatif menggunakan atau melaburkan wang yang diperoleh untuk dijana semula menjadi wang. Sebagai contoh wang yang diperoleh bukan semata digunakan unutk membeli keperluan hidup tetapi diambil sedikit untuk dijadikan modal permulaan.

Saya tertarik dengan Konsep yang digunapakai Program TV Al-Hijrah iaitu Man Jadda Wajada, kerana mereka ini bukan sahaja turun padang membantu golongan yang susah tetapi mereka juga memberi tunjuk ajar dan memberi cara bagaimana menjana pendapatan dari kemahiran yang sedia ada. Ibarat yang selalu digunapakai iaitu kita bukan memberi ikan tetapi kita memberi kail, kerana hari ini jika ikan diberi sudah pasti ia akan habis, tetapi jika diberi kail, ia boleh digunakan kembali untuk mendapatkan ikan.
Oleh itu konsep Man Jadda Wajada ini jika diperluas sudah pasti ramai golongan kurang berada akan dapat meningkatkan kehidupan diri serta keluarga. Apapun mereka yang dibantu ini juga perlu lebih gigih berusaha dan bukan semata-mata mengharap belas ihsan orang lain semata-mata. Ingat, menjadi manusia adalah lebih baik memberi dari menerima. Mungkin hari ini kita menjadi penerima, tetapi kita perlu berazam agar satu masa kita boleh menjadi pemberi. Itu adalah lebih baik, kerana Man Jadda Wajada

No comments:

Post a Comment